Tuesday, May 13, 2014

La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia

ain ain ain. manjesangat kau ni. stop crying. you cry, abah will never come back to you!

la tahzan
la tahzan

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
ye, aku rindu abah. terlalu. lagu lafaz sakinah seolah2 bermain2 kat fikiran. bile abah cakap, "nah, dengar lagu lafaz sakinah ni"
so, siriesly aktu tu aku terbayang sudah berpakaian pengantin dan abah kelihatan kacak dan hengseng nye di khalayak ramai melihat anak perempuan bongsunya diijabkabulkan :') Abah..
ye. aku wanita. seorang wanita yang kuat! GAMBATEH! 

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian. Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan. La tahzan. Optimislah dengan ujian. tu hadiah Tuhan. Bersyukurlah. Beruntunglah.Dari jutaan, Aku pilihanNya. Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya. ohoooo! Come on.! Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut ain. Jangan mengeluh walau sedetik. Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya. Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita. Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana. Jalan takdir Allah tak pernah salah. Berbaik sangkalah dengan aturanNya. Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah. Tapi ain, jangan sedih lama-lama. Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan. Takdir Allah is something yang unexpected.Miracle things may come soon. SOON. I hope.

dear ain,
Engkau harus percaya.Ya, percaya.La tahzan Syurga itu mahal ain. bukan mudah kita nak dapat. Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.Itu pasti. *Senyum*
dear ain lagi,  
ingat terkadang ada masa kita jatuh. Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you. Selalu. Allah akan ubat luka di hati kita. Perlahan. Perlahan. Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.
 
InsyaAllah, bila Kite redha, Allah akan mudahkan. Tak mudah. Hok aloh, Siapa kata mudah? Tapi inilah kasih sayang Tuhan. Berdamailah dengan takdirNya. Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz. Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak. Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya. 

Dear ain, kau malas sangat kan sekarang nak bukak al quran? berat ke?
Bukalah surat cinta dariNya. Pasti akan damai hatimu. 

 Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
 
La tahzan. Kesatlah air matamu.

Allah ada. Allah tahu.
 
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
 
Dan ingatlah,
 
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
 
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
You Have MA! You Have Acik! n  you have a big family to be proud of!!!
La tahzan (2)
La tahzan

Cinta Jarak Jauh Nun Di Ausie :)


dah jam 2;54 am, tapi macam biase bro! mate takleh lelap lagi. heee.
hajatnye nak update pasal dinner he23 lepas ain habis decorate blog. tapi, mengenangkan nasib diri yang awal pagi bebute ni kol oghang tu tapi direject, rase macam heartbroken dgn cinta jarak jauh ni then inilah hasil entrry kali ni. 
TARAAAAAAAA!!
so, ape pendapat korang tentang cinta jarak jauh ni? macam tak seronok jekan? sebab tak dpat jumpe selalu. weeee~~

watch out watch out watch out!
actually, jarak jauh ni, its good for both of us la. :)

meh nak share sikit cite kami. heee~~ sorang kat malaysia. sorang kat oversea.
sorang kat over the sea(labuan tercinta) sorang dekat Ausie. 

bagi ain lah kan cinta jarak jauh begitu banyak dugaan .. lagi2 bila masing2 ada kometmen sendri...
Mr.A dgn komitmen dye. lagi menambahkan kesengsaraan kami ni mule2 dulu ialah, MASA. masa kat malaysia dgn Ausie, tige jam awal. so, think of it!!! no call at night, no skype at night and no talk in day. -_-''
dalam sebulan we just contact once or twice in a month. 

guess what ape ain rase? errrrr.. memang rase rindu tu tahap gaban lah. takyah kirelah tu kan. tapi nak buat macamne, Mr A stadi, Mrs Z pon tadi. so susah sikitlah. hee. kenelah paham. dye blaja tinggi2, nanti nak pinang senang. nak kawin mudah. HAHAHAHAH.

firstly memang sakit hatilah. tapi bila Mr.A skrg dah jadi ustaz, macam2 ain kene mengata yang sedebek sedebuk sedebak kat muke ni. contoh? HAHA


  1. Mrs Z: kenapa tak pernah like ke, komen ke kat status ain. smpaikan si hani tu tertanye2, kite ni tuang tapi mcm bukan langsung je -_-' (ayat budak tak matang macam nilah :p )
    mr.A : perlu ke? penting? nak buat ape? tell me. utk bgtaw kat org yg sy syg awak melebihi ape pon? listen, tak usah dibangga tentang kita yang masih belum halal ikatannya. nanti dah kawin, tak usah dikate like, komen, kite share FB lagi. *gelak*
    Mrs Z : krik krik krik krik
  2. Mrs Z: *adelah dialog drama hindustan skit * hahah
    Mr A : kalau pasangan anda sudah melangkah ke alam kebaikan, anda perlu ikut dia dengan cara memperbaiki diri agar anda dijodohkan dgn pasangan anda tu. bukannya merasa diri anda tidak layak, lepaih tu, mengalah. u should put a lot of effort. be a good muslimah, if you wanna get a good muslimin :)
    Mrs A : krik krik krik


dugaan dye tak yah lah cakap.. kalau yang dekat pun asyik gaduh jew.. apa lg yang jauh.. lgiII bila dgr org kate itu ini tntg dye orang.. lagi lah sakit jew dgr kan.. 


JAUH !! BOLE KE PERCAYA KAN DIA ? MANE TAHU DIA ADA GIRLFRIEND LAIN?
ACANO TU? *???

for me and Mr A. its easy for us.

"Why don't we trust each other?"
selagi kami sandarkan segalanya pada Allah ,for sure Allah akan pelihara segalanya ..bukan yakin dengan pasangan korang je penting ,tetapi,YAKIN LAH PADA ALLAH S.W.T kerana dia yang menentukan segalanya itu..
Insyaallah.

Saturday, May 10, 2014

Perkongsian Solat Dhuha :)



haaa... memandangkan sekarang tepat jam 7, so mate pon belum mengantuk actually. jari jemari gatal tangan sebab dah lame tak menaip :D
inshaallah. kejap lagi ain kongsi care solat dhuha. solat dhuha ni banyak kafiat nye. kalau salah or what mohon ditunjuk ajar protege ni :p
sebelum kite pergi jauh, ain nak share gambar ni haaaaa. moga ape yang ain update entry ni memberi manfaat sesame kite :')

























TARAAAAAAA!!! sebanyak pon dose kite, pintu taubat yang allah beri pada kite lagi besar dari ruang angkasa dan alam semeste ni taw. allah kan syg kite? allah kan maha pengampun :)

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Ni care dia. moga bermanfaat :) :) :)

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

AURAT :)


Dah nak masuk first anniversary 'penghijrahan besar' saya. Sejak haritu sampailah sekarang, masih tidak putus-putus soalan yang saya terima, berminat benar mereka dengan kisah itu. Dan kebanyakan mereka wanita. 

Saya memang suka bercerita. Dan berkongsi pengalaman. Dan kebanyakan yang bertanya meminta pendapat, bagaimana untuk kekal istiqamah dalam berhijab. Saya juga tidak berani berbual panjang kerana saya sendiri masih baru, dan akan kekal kuatkah saya untuk kekal istiqamah kelak hari.? Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.. Amin. Saya juga sedar saya masih tidak berjaya menutup aurat dengan sempurna. Dan ianya bukan perkara yang mudah untuk saya lakukan. Saya bertarung dengan nafsu. Jadi saya ambil keputusan untuk bertarung secara halus, perlahan dan teratur. Takut nanti jika berlari, akan tersungkur lagi.

Hari ini, saya berbesar hati untuk berkongsi TIPS MENUTUP AURAT. Sudah tentu mustahil tip ini dari saya. Tip ini saya dapat dari majalah Solusi Isu#26 tempoh hari semasa di Malaysia. Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat...

1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR bahawa tunuttan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat.?"

5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

SELAMAT HARI IBU, MA :)



ok, berbulan bulan bulan bulan bulan lepas, ain busy gileerrr dengan assigment, so, arini baru je ade mase nak update semua bende. Oh my Allah!! almost one year tak update blog. siriesly rindu T__T bersawang dah blog ni. and sampai tak perasan button follower ain terdelete --''

owh ye, sekarang jam 5:50 am kat sabah. dah syuru dah, tapi mate ni.. haish, as usual,  isomnia is come back. eye bag ni tak yah kire lah banyak hitam mate. HAHA. ok, update kali ni cume nak wish somthing kat ma kite yang comel. kat bawah ni, puisi untuk ma, iklas dari hati untuk ma . hihihi.

Dirotan,dipukul.
Bukanlah untuk mendera.
Mengajar aku lebih dewasa.
Seorang suri rumah power,
tukang masak power,
suara yang power,
mahir segala benda.
Zainab binti Sulaiman
Tidak asing lagi bagiku.
SELAMAT HARI IBU, MA. :')

haaaa.. maksud suri rumah power tuuuu.. nak tahu ape? ma lahirkan 10 orang anak taw. 6 adam,4 hawa. power kan? hihihihih.. nak ikut ma jugak taw! *gatai, kenyit2 mate*


tukang masak power? kompemlah anda semua takyah nak tertanye2. the best CHEF everrrr! paling suke ma masak gulai tempoyak! ohhh...! rindu! :')


suare yang power? ok, like mother, like daughter hihihi. ma ade suare merdu taw! waktu kecik2 suke dodoi2 sampai tidur. haha. dodoi arwah abah tido jugak. hahaha.


alhamdulilah berjaya jugak update entry for the first time after a year a go. and alhamdulillah jugak allah memberikan kepanjangan umur pada ma, so ain boleh wish :)

but, if abah still there, then it will be more exciting :)
Haaaaaa. ni lah mak kite yg comel, cantik tu. ni waktu umur ma 47 kot kalau tak silap. skrang dah 1 tahun :') makin cantikkkk. mcam anak diye. haha.

ok. tu je lah entry. AGAIN ma, HAPPY MOTHERS DAY :)


Wednesday, April 30, 2014

KISAH AL_NORA (sandarkan segalanya kepada Allah)

"perasaan kecewa menerpa apabila kita terpaksa berkorban berkali-kali dalam hidup"- kata Lawirda kepada aku.

aku menyahut "sabar, Wirda. we go through the same situation. we love some other people untill we hurt the people love us right?

"kenapa ayat kau touching sangat ni Nora?" soal Wirda.

Nora menunduk dan sebutir mutiara yang dia sayang untuk tumpahkan, sebutir mutiara itulah maruahnya. akhirnya dia tewas untuk memendam. egonya masih tidak direndahkan. suara nora masih tidak kedengaran. wajahnya tidak diangkat.

"are you okey Nora?"

Diam. sepi.

"don't tell me both of you are over" balas Wirda lagi dengan penuh persoalan.

Nora menganngguk.

"OMG! I cant believe it! ni mesti sebab mulut Ciba** si Diana tu kan?"

Nora mengumpul kekuatan. dan mula bersuara.

" no. its not about that woman. i dont care about her anymore. i cant explain what happen. its too complicated!"

Wirda memegang tangan Nora dan minta Nora jelaskan semua.

"U need to tell me everything Nora. dont be stupid because of that old women! how long u and Al broke up?

"we didnt broke up. tapi aku gantung dia macam tu dengan gunakan Ijat"

"Nora!" jerit Wirda seakan mau pecah bilik kami.

"aku tak salah beb. aku tak tahu apa lagi yang patut aku buat. aku tak salah. aku tak salah. Al pun tak salah. dah 5 hari kami masing-masing diamkan diri. aku tak salahkan dia beb if dia tak text or call aku. aku yang bat seolah-olah kami putus. since 26 april lagi kami gaduh." terketar-ketar suara Nora 
menceritakan pada Wirda. seolah-olah dicerai suami. 

"tell me all of the story." desak Wirda.

Nora diam tak berbalas.

"at least. if u wanna feel calm" ulang Wirda lagi.

Nora menguatkan semangat menceritakan satu persatu dendam, pahit, marah, benci yang ditahan di balik sebuah perasaan yang dia sembunyikan dibalik senyuman.

"sebelum ni aku pernah terbaca satu conversation yang menyakitkan antara Kak Nisa dan Diana. Diana memberitahu Kak Nisa bahawa aku tidak pernah menyayangi Kak Nisa. Sayang aku Palsu. Demi Allah Wirda, aku sayang Kak Nisa macam kakak aku. aku tak pernah tipu. Demi Allah. Wallahi! aku sanggup korbankan sayang aku pada Al semata-mata taknak lihat Kak Nisa stress dan sakit.tapi aku tak salahkan Diana. sebab aku tahu, dia takanak KakNisa sakit." cerita Nora sambil menangis seperti budak kecil.

"lepas je peristiwa itu, aku jauhkan diri dari Al.pura-pura tidak kenal langsung. padahal hati aku sakit sangat. takdek siapa paham aku waktu tu."esakan semakin kuat. Nora dipeluk erat Wirda.

"kau nak sambung lagi? kalau kau taknak nangis lagi, kita berhenti sini je" pujuk Wirda

"biar. biar aku menangis kali ni je depan kau. aku dah taknak nangis lagi lepas ni. aku janji pada diri aku"

"ok darl. sambunglah" kata wirda sambil tersenyum.

"lepas je dari peristiwa aku jauhkan dari Al, kami rapat balik sebab kami study sama-sama untuk final sem Al. aku harap lepas Al dah takdek. lega lah. tapi. seminggu sebelum aku gantungkan hubungan kami, ada satu manusia ni sampaikan pada aku sesuatu yamg kuramg enak didengar. 

-->"Nora, awak dengan Al nak kawin ke? Kak Nisa menangis baca status Nora sebab dapat tahu Nora nak kahwin dengan Al."

"perkara tu buat aku tergelak tau wirda. tapi dalam masa yang sama, hati aku terfikirkan kak nisa. selama ini aku sakitkan hati kak. aku ingat dia dah takdek papae. sebab dia cakap dia takkan peduli aku dengan Al. dia dah Ikhlas. tapi aku sakitkan dia wirda. aku mainkan perasaan dia. kejamnya aku wirda." esak tangis Nora bersambung kembali. esakan itu ditenangkan wirda dengan pelukan seorang sahabat.

"aku dapat rasakan yang aku ni memang tak guna langsung. hidup aku menyakitkan orang je . aku terus text Ijat. aku mintak dia jadi fake boyfriend aku untuk seminggu ni. aku ganggu waktu study dia. dia sanggup bersekang mata skype dengan aku untuk plan kami. yelah, masa malaysia and ausie kan lain. Ijat was a good men too. tapi sayang hati ni tidak reti menghargai lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku. kali ni, aku buat keputusan untuk tinggalkan semua kisah cinta aku. aku dah taknak fikir. aku penat! aku sengaja ciptakan "KISAH CINTA" antara aku dan Ijat. padahal semua Palsu! aku tahan perasaan rindu aku pada Al. aku diamkan diri sehinggalah aku ceritakan pada kau hari ni. sekali lagi aku tak hargai insan yang benar-benar inginkan aku. aku memang ditakdirkan untuk gagal dalam cinta. aku tahu, Al bencikan aku. Al bencikan aku. Al bencikan aku" kata Nora sambil dilap air mata dan menyeka rambutnya yang kusut masai.

"aku tinggalkan Al tanpa sepatah kata. aku sayang dia. tapi aku dah tak tahan hati ini terlampau sakit untuk jaga perasaan aku. aku fake kan diri aku untuk senyum. tapi apa aku dapat? dku dicaci. aku dikatakan talam bermuka-muka. Allahu! tapi, dengan aku dekatkan diri pada  Allah buat aku kuat. sekarang. aku sandarkan segalanya pada allah. ini airmata aku yang terakhir untuk kisah cinta kami." ungkap Nora sambil memasukkan Teddy Bear kesayangannya ke dalam kotak hadiah. Nora masih teresak-esak.

Wirda memeluk dan mendakap erat Nora sambil dihatinya berbisik "kau sungguh kuat Nora"

~B E R S A M B U N G~




Monday, July 8, 2013

MAJLIS PENTAULIAHAN DIRAJA PART 1 - first coming imagination

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM RINDU PADA BLOG KESAYANGAN NI.

DEAR mrs BLOG, i Miss You too much untuk update. maaflah. entry dah lama nak update tapi kan...busy gile..... busy dgn boyfren2 kat luar sana. HAHA! -_-'

21 jun the first day datang sini, and it was a ****&#&&!$$^#(@ day. sebab? 20 aribulan t  aku abis exam n 21 kene bertolak. bayangkan! bayangkan! bayangkan! 20 malam packing semua barang yang dah macm satu kapal tu. aku geram betul taw ! MARAH sampai Update blog arini pon masih terasa dengan diri aku sebab packing last minute. by the way aku upload blog pentauliahan ni dulu sebab aku malas nak ingat BENDE sebelum TAULIAH ni. iaitu aku panggil MINGGU PEMBUNUHAN iaitu MINGGU EXAM yang semua student benci gile aku rase. iaitu aku sendiri dan rakan2 sekalian. iaitu benci dengan subjek MEMBACA. *banyak IAITU membuktikan yang aku betul2 BOIKOT EXAMINATION. HAHAHAHAH!!

ok, enough its enough. now its time to make me smile when im writing this blog. aku sedang berada di feri menuju ke pulau labuan tercinta sekarang ni, so feel nak update blog tu ade banyak siket.

firstly, 21 jun aku gerak dan bangun dan berjaga tepat jam 3 pagi sebab jam 5 pagi dah nak bertolak. ooooiissshhh.... ! cincah cincah cincah! kami gerak dengan feri ke Kota kinabalu. first expactation aku bersama housemate tersayang junaidah.

jun : ain, aku endak sedia ni (sabahan)
ain : ain pon same jun. saya risau lah. 
jun : aku risau bha. lama suda aku ndak PT ni, ndak latihan. risau bah aku
ain : sama lah jun. (xdek perasaan) XD

ape yang aku imagine? 
  • macamane lah pentadbiran darat nanti. kalau ambik aku PT mau aaku kurus berkilo2. TIDAKKK!!!
  • darat mesti hebat. mesti lagi kukuh ikatan mereka dari kami2 ni.
  • pegawai2 dyeorng mesti ganas gileeeeeeeeeeeeeeeee!



ternyata most of the imagination was totally wrong! yehahaaaaaaaaaa!


alhamdulillah. . :)  semua berjalan lancar.  next entry akan dicerita lagi bayak lagi banyak banyak banyak banyak banyak dan banyak! :)  

bye, assalamualaikum. :)