Tuesday, May 13, 2014

Dinner Akhir HE23, Islamic Finance UMSKAL



yop! wasap wasap wasap!

macam yang korang boleh tgok tajuk entry ni, "Dinner akhir". so macam bunyi sedih je kan. Memang pon
 -_-''

sekarang kat dalam kelas regulation, so takdek feel sgt lah nak update blog. hahah

Dari sehari ke sehari ain nk hapdet citer pasal annual dinner Course Islamic finance ni. yang tahun lepas pon tak berhapdet sangat. -_- ....asyik tak sempat jer....bila ainada masa internet pulak lembab cam siput.  Ain kalau nak surf internet kat umah boleh je, tapi dua tige empat enam puluh hari ni.... internet kejap mati, kejap hidup. kejap sambung kejap putus. kalau ade batang kayu, nak je ain jolok macam sarang tebuan tu, jatuh kat lantai, pastu berkecai. tapi bile difikirkan kesan long term in investment , haaa tak jadilah teman nak munoh bende alah tu haha. Kalau kat umah sebelah malam.. memang ain tak sempat nak nak surf internet ke...hapdet blog ke....bukak facebook ke...jangan harap. sebab? STUDY! *KONONNYE* Sebelah malam kalau nak jugak bukak laptop kena tunggu anak-anak tidur dulu...itupun kalau Mr Papa tak pakai. *CEh! alasan Lagi* Ain pun tak taulah apa kena dengan MAxis broadband ain minggu ni. Lembab nak mampus....buat ain hangin satu badan. patutlah akhir2 ni asyik sendawe -_- tengah kelas ni,.ain nak hapdet blog jer...kene pandai curi mase. mase itu kan EMAS :D.  Nak upload gambo lagilah sakit hati. Hari ni baru nampak ok sikit. Berbalik pada citer annual dinner tadi. Kali ni annual dinner company ain diadakan di TIARA HOTEL~~ yang best tu. ye, best. sangat best. ahhahaha. sebab tak banyak hotel kat sini. and credit and a thousand congratulations to all second year student. you did ur best. no! Their Very Best and awesome Best!!

haa. jangan kome nak rase awesome sangat, bukan hotel ni pon :p salah upload :D
ni yang carik kat google lah. tak dek duit banyak nak bercuti kat sini pastu nak amek gambar2 seme ni :D


before ain upload gambar kami melaram ghamai2. mari sesame kite sedekahkan Al-Fatihah kat kawan satu course ain ni. Shafieq yang meninggalkan kami dengan banyak banyak banyak banyak kenangan yang sometimes bile ingat gelak senyum dan sebak datang jungah2 kat hati ni :'D
~ALFATIHAH~

*****************

malam dinner tu ade sikit tribute untuk ingat shafieq. mule2 bisik kat hati, ain. jangan nangis. abis mekap. HAHAHA. takleh nangis nanti ct jun lagi teruk menangis. :p lagipun ain takdek kaitan pon dengan syafiq. sekadar coursemate. bayangkan yang ain ni hanye coursemate pon dah rase tempias shafieq, ni kan pulak mereka mereka mereka mereka mereka yang anggap shafieq tu tulang belakang. sedih kan?? :')
Tribute utk shafieq. wahai sahabat, kami menyusul mu juga. moga syurga tempatmu.moga kita same2 melangkah ke syurga inshaallah :')

***********************

ok. dah. lap air mate kome tu. hihi.
malas nak bebel bebel panjang. kome tengoklah sendiri gambo2 ni :D tapi sebelum tu nak jugak upload gambo tantik titew malam tu. hahaha. NAH!



abaikan perut, abaikan pipi. tapi tengok kat titew unye kerongsang kat dahi tu. tans kat sugar mummy yang sponsor HAHA

 ni sebahagian yang pergi Family Day HE23. tak sampai separuh pon. terase ke yang tak pergi tu? haaa. meh ain tolog jawab. memang teraselah sebab ain pon tak pergi T__Tsyahid di waktu pagi -_-'


i guess, lagi lengkap kalau ade shafieq kan? hee :')

 ni international student yang lahir kat kelantan. name dia ABEY :D hahah


owh, ni adik ashrap majerin -_-'  *ampun3




 Lisa cute. :) endak endak endak. HAHA :pampun Lisa ampun ampun ampun :p
 kamera bergegar pulak -_-
 sahabat. peneman dunia dan akhirat inshaallah :)


introducing my MEKSARAH kami. dia ade bgtaw nak mak dye carikandia calon suami. so... why not korang gi KL n amek ati pakcik taha :Dampun mek ampun ampun :D




tengok.. gempak kan kami punye junior second year? betape sygnye meke pade kami.so, here we go, kami dapat bear yang bessssaaaarrr giiillleeee 
yang pompuan kartoon tu, dye tak pakai baju -_-aku rase kalau lelaki yang biroh2 gatai2 tu tengok,berdarah hidung --'siap dijilat lagi rasenye kertas tag yang ade pompuan tu. HAHA
wiyah amek gambar bebanyak, nak buat vdeo mungkin.*curious*

yang tudung erah tu single. >_<yang tepi tudung merah tu mak orang :p
yang ni aku mals nak cakap. paling malas aku nak kenalkan. yang depan tu aku kenalkan,pikah namenye.yang belakang tu. errrrr *menguap*Alennnn arr. musuh aku kat kelas. :D hahaha
ni anak pak cik husuno. nasib baik la malam tu ok ok je majlis.biasenye sape yang duk semeje tak boleh makan.sebab? bergagar!!! hhahaha :pampun pijah :)
yang tudung itam ibu, yang tepi tu anaknye :')
haaaaa. ni ct jun anak paw paw paw paw pawali. hihicomelnye junnnn :D





sebabkan daging kambing tu,balik dari dinner, terus terrrrrrpengsan atas katil. kasut tak bukak.tdung tak bukak. macam heroin cite ketika cinta bertasbih pulak rase pengsan pakai baju pengantin lengkap haha-_-
rupenye dah lame kak aishah nak amek gambar ngan ain.
 dia malu nak ngaku yang ain popular :p
yang ni mintak maaf, salah masuk majlis oghang. patutnye tema arabic, tapi ce kome tgok..xdek gaya arabic pon.ce teke ce teke ce teke gaye ape?NINJA -_-''



nak cakap pasal queen night.
jatuh kat tgn si puteri yg cantik.
zulaika meseri.
tapi tak nyempet eden nak amek gambo.





style hazmin makin menjadi2 -_-



yang kat luar yang excited bebeno dengan Running man tu, 
haaaa. jangan jeles. snap ngan kwang soo the giraffe ni.
tiap ari jumpe, bosan dah.
gi anto balik korea lah. haha



berlatih cium dahi dulu. nanti bile Mr A cium tak lah malu sangeeett auchh


dah kalau Mr A cium tu, tandenye dah sah jadi suami istri lah kn?
so mesti lah nak jadi ibu kan? teehhhheee..
ni UmMi kat HE23 tu. amek berkat sikit hihihih
ain end up dengan gambar buah hati ain ni <3 <3

*********************************

actually nak update semuuuuaaaa skali pasal coursemate ain satu persatu. tapi tak banyak gambar pon. psssstt. bukan tak banyak. xdek pon. sob3. tak pe. bab kate gadis cute motey julianan julie, "final exam ade lagi" :)
andndddddddddd. dinner ni macam tak lengkap lah sebab takdek ecah :')
takpe cah. ain dah sediakan TIGE PERUT utk kite. satu utk ain, DUA untuk ecah :p weerrkk.

ok peeps.. see u in next entry :)
bye. assalamualaikum. <3 <3 <3 <3 <3

Don’t Take Things Too Seriously, Mereka ajar Menjadi ain Lebih Matang!



matang
Matang | Keep calm and drink tea 

sori gambo kat atas ni takdek yang "keep calm and drink Bandung" hahaha. so entry kali ni nak share pasal nak jadi matang. sebenarnye, macam terkene kat batang hidung sendiri jugak sebab ain pon tak matang lagi :D tengok Nabi Saw kite. dari kecik takdek parents tapi boleh survive and lebih berganda2 matang berbanding kite pada awal usia. make him as a role bebeyh!
Nabi dibaling najis oleh musuh, tidak sedikit pun baginda (s.a.w) terasa hati. Disalinnya baju berkali-kali dengan penuh kesabaran. Berulang-alik Nabi berjalan di tengah-tengah mereka. Nabi tak marah langsung. Di zaman yang serba berteknologi tinggi sekarang ini ramai yang menjadikan laman sosial sebagai medan dakwah. Semakin hari semakin banyak fitnah dan tuduhan tanpa memahami mesej isi kandungan yang sebenar terlebih dahulu. tak paham -_- lagi2 si ehem2 kat kampus ain tu. senang cerite si FM(singkatan name bagi si polan and si polan)  lah! grrrr. geram betul! Tak sedikit yang terlalu sensitif dengan apa yang dikongsi oleh si pendakwah sehingga menimbulkan pergaduhan dan perpecahan. Barangkali sudah tidak boleh berfikiran terbuka lagi dengan mesej Islam dalam kehidupan seharian. kadang ain sendiri pon kurang sensored dengan mesej2 dakah. bukan ape, kalau mesej yng panjang ain kadang tak bace langsung sebab ain mmg anti membace. -_- *kene tambahkan minat membace ni.  

Masing-masing mahu berdebat melawan pendapat siapa lebih benar. tapi si FM tu memang selalu lah ain tgok dye **(&%#&*(%@#*&(!!!

wahai FM, hahaha *gelakjahat*
Bukankah diam itu lebih baik? Jika memang salah si pendakwah, kenapa tidak secara direct menegur kesalahannya?*ni utk akak senior tu* hahahah.
 Berdakwah itu hukumnya wajib bagi setiap orang Islam. *padahal kadang ain pon terlepas pandang sebab ain rase sometimes tak layak pon nak tegur2 orang bab agame ni T_T

Don’t take things too seriously. Kalau tak belajar dari sekarang, bila lagi? Biasakan diri untuk tidak cepat sangat terasa. Tutup pintu cepat-cepat, supaya tak terkena tempias hujan terlalu lama kalau memang tak boleh nak hadam pendapat yang bercanggah dengan pegangan hidup.Tidak semua orang berpendapat yang sama. Bercanggah pendapat itu adalah lumrah kehidupan manusia, terpulang mana satu mahu dijadikan pegangan.Teringat pula pada kata-kata abah yang berjasa pada ain dan adik beradik yg lain.

Kalau tak nak belajar untuk tidak sakit hati, sampai bila baru nak jadi matang?

Kenapa senang sangat terasa hati dengan orang? Nak terasa, tak salah.. memang pun terkadang tu tindakan refleks. Tapi hakikatnya, Allah yang membolak-balikkan hati kita setiap hari, setiap saat supaya kita kembali kepadaNya. .Para pendakwah juga melakukan dosa dan kekhilafan. Tiada yang maksum kecuali jika mereka itu adalah Nabi. Jangan memandang orang terlalu tinggi atau terlalu rendah kerana hakikatnya kita semuanya sama.
Permohonan maaf merapatkan kembali silatulrahim. Memang menjadi kewajipan si pendakwah untuk memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan.
Tegurlah dengan cara baik dan jangan terlalu beremosi. Mereka juga manusia biasa. Mereka juga mahu menjadi diri sendiri. Tiada yang berbeza antara manusia.
Jadikan ‘sakit hati’ sebagai motivasi diri untuk berubah ke arah yang lebih baik, InshaAllah. Baca dengan hati yang terbuka. Fahami mesej sebenar yang cuba disampaikan.
Sekiranya benar-benar bermaksud sinis (menghina secara tersirat), barulah ditegur dan dinasihati supaya si pendakwah dapat memperbaiki diri yang khilaf. haishhh. kene baiki ni. sebabnye ain memang suke sinis tapi actuallly rase bersalah jugak T_T
Kalau memang betul-betul dihina secara direct atau dipanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati, ingat pada Nabi balik. Adakah sampai dibaling najis ke muka kita? Diamkan sahaja dan bersabar.Percayalah, besok-besok ganjaran yang besar menanti dari Allah s.w.t, berkat dari kesabaran.
ain nak share pengalaman saya pernah dihina dan dipanggil dengan panggilan yang tidak sedap didengar. ain, memang sejak azalinya seorang yang tersangat bising giler banget! tapi dalam bising tu, ape yang org mintak buat, ain buat sampai once tu kadang ade yang pijak kepala. dah lah pijak, dimenari menari pulak atas kepala ain. sakit pulek hati kite. bernanah lah hati ni kan. hahahaha
Bukan cuma golongan yang sejantina, malah yang lawan jenis dengan ain juga turut menghina  pada waktu itu. Semenjak dari itu, keadaan mental ain menjadi tidak stabil dan sering diganggu dengan suara-suara mereka yang mengejek dan menghina walaupun ketika ain berseorangan di bilik/rumah.
Jujur ain katakan, memang ain bukan seorang yang mudah memaafkan orang lain. Tapi dari pengalaman inilah ain belajar cara menjadi seorang yang pemaaf, dan ain masih lagi belajar.
Sepanjang ain dihina itu, ain teruskan berdiam diri walaupun sakit. ain pendam dalam diam setiap hari namun, keyakinan diri ain semakin merundum dan keadaan mental ain berubah secara drastik.
Cuma mampu menangis dan menangis.
Seringkali rasa ingin membalas, tetapi tidak berdaya kerana sifat  dan tidak suka kepada perdebatan (pergaduhan) ain yang sekian lama telah tertanam dalam diri.
Emosi terganggu, bila-bila masa saja keinginan untuk membunuh diri itu boleh wujud. Tetapi wajah ma and abah aim masih tetap melekat dalam hati. Alhamdulillah, ain bukan macam remaja-remaja lain yang suka menoreh nadi sendiri apabila tertekan. Nerakalah jawabnya jika ain sampai melakukannya. Wal ‘iya zu billah.
Allah itu Maha Memberi Petunjuk. Lama-kelamaan ain jadi semakin tidak tenteram. Rupa-rupanya, baru ain sedar bahawa sudah lama ain jauh denganNya.
ain kembali kepadaNya. ain berhijrah dan terus bersabar. Dalam solat, doa dan pakaian menutup aurat,ain temui ketenteraman jiwa. ain tetap bersabar walaupun masih dihina.
Suatu hari, Allah takdirkan ain berkawan rapat pula dengan tujuh orang dari kawan ain yang sekarang. nah tengok gambar meke meke ni :D

Ajaib! Sungguh ain tidak menyangka.Mereka trime ain seadenyeeeeee~~~ sape ain. background ain. terime kasih semua :')
Ganjaran buat hambaNya yang mahu bersabar dengan ujian yang menimpa adalah berupa ganjaran yang tidak disangka-sangka! SubhanAllah.
Sekadar perkongsian pengalaman hidup ain. Namun, terpulang kepada pilihan masing-masing. Akhlak Nabi itu tetap akan kekal sebagai contoh kepada umatnya sepanjang zaman.
Mengingati orang lain yang lebih berat ujian penghinaannya mungkin boleh dijadikan sebagai motivasi diri juga. Tetapi, mengingati Nabi s.a.w itu lebih baik, kerana pada diri baginda ada penawar.
Sunnahnya, dan selawat ke atasnya, di dalamnya mengandung pelbagai rahsia batin dan mukjizat baginda yang diberi oleh Allah s.w.t. untuk kita umatnya.
Selain itu, berzikir memuji Allah adalah yang terbaik sebagai penawar bagi hati dan segala jenis penyakit. Wallahua’lam.
Bersifat terbuka kepada perkara agama dan percanggahan pendapat itu dapat mengelakkan perbalahan dan perpecahan selain memberi ruang untuk memuhasabahkan diri. Wallahua’lam.
Keep calm, and stay positive.

La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia

ain ain ain. manjesangat kau ni. stop crying. you cry, abah will never come back to you!

la tahzan
la tahzan

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
ye, aku rindu abah. terlalu. lagu lafaz sakinah seolah2 bermain2 kat fikiran. bile abah cakap, "nah, dengar lagu lafaz sakinah ni"
so, siriesly aktu tu aku terbayang sudah berpakaian pengantin dan abah kelihatan kacak dan hengseng nye di khalayak ramai melihat anak perempuan bongsunya diijabkabulkan :') Abah..
ye. aku wanita. seorang wanita yang kuat! GAMBATEH! 

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian. Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan. La tahzan. Optimislah dengan ujian. tu hadiah Tuhan. Bersyukurlah. Beruntunglah.Dari jutaan, Aku pilihanNya. Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya. ohoooo! Come on.! Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut ain. Jangan mengeluh walau sedetik. Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya. Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita. Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana. Jalan takdir Allah tak pernah salah. Berbaik sangkalah dengan aturanNya. Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah. Tapi ain, jangan sedih lama-lama. Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan. Takdir Allah is something yang unexpected.Miracle things may come soon. SOON. I hope.

dear ain,
Engkau harus percaya.Ya, percaya.La tahzan Syurga itu mahal ain. bukan mudah kita nak dapat. Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.Itu pasti. *Senyum*
dear ain lagi,  
ingat terkadang ada masa kita jatuh. Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you. Selalu. Allah akan ubat luka di hati kita. Perlahan. Perlahan. Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.
 
InsyaAllah, bila Kite redha, Allah akan mudahkan. Tak mudah. Hok aloh, Siapa kata mudah? Tapi inilah kasih sayang Tuhan. Berdamailah dengan takdirNya. Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz. Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak. Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya. 

Dear ain, kau malas sangat kan sekarang nak bukak al quran? berat ke?
Bukalah surat cinta dariNya. Pasti akan damai hatimu. 

 Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
 
La tahzan. Kesatlah air matamu.

Allah ada. Allah tahu.
 
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
 
Dan ingatlah,
 
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
 
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
You Have MA! You Have Acik! n  you have a big family to be proud of!!!
La tahzan (2)
La tahzan

Cinta Jarak Jauh Nun Di Ausie :)


dah jam 2;54 am, tapi macam biase bro! mate takleh lelap lagi. heee.
hajatnye nak update pasal dinner he23 lepas ain habis decorate blog. tapi, mengenangkan nasib diri yang awal pagi bebute ni kol oghang tu tapi direject, rase macam heartbroken dgn cinta jarak jauh ni then inilah hasil entrry kali ni. 
TARAAAAAAAA!!
so, ape pendapat korang tentang cinta jarak jauh ni? macam tak seronok jekan? sebab tak dpat jumpe selalu. weeee~~

watch out watch out watch out!
actually, jarak jauh ni, its good for both of us la. :)

meh nak share sikit cite kami. heee~~ sorang kat malaysia. sorang kat oversea.
sorang kat over the sea(labuan tercinta) sorang dekat Ausie. 

bagi ain lah kan cinta jarak jauh begitu banyak dugaan .. lagi2 bila masing2 ada kometmen sendri...
Mr.A dgn komitmen dye. lagi menambahkan kesengsaraan kami ni mule2 dulu ialah, MASA. masa kat malaysia dgn Ausie, tige jam awal. so, think of it!!! no call at night, no skype at night and no talk in day. -_-''
dalam sebulan we just contact once or twice in a month. 

guess what ape ain rase? errrrr.. memang rase rindu tu tahap gaban lah. takyah kirelah tu kan. tapi nak buat macamne, Mr A stadi, Mrs Z pon tadi. so susah sikitlah. hee. kenelah paham. dye blaja tinggi2, nanti nak pinang senang. nak kawin mudah. HAHAHAHAH.

firstly memang sakit hatilah. tapi bila Mr.A skrg dah jadi ustaz, macam2 ain kene mengata yang sedebek sedebuk sedebak kat muke ni. contoh? HAHA


  1. Mrs Z: kenapa tak pernah like ke, komen ke kat status ain. smpaikan si hani tu tertanye2, kite ni tuang tapi mcm bukan langsung je -_-' (ayat budak tak matang macam nilah :p )
    mr.A : perlu ke? penting? nak buat ape? tell me. utk bgtaw kat org yg sy syg awak melebihi ape pon? listen, tak usah dibangga tentang kita yang masih belum halal ikatannya. nanti dah kawin, tak usah dikate like, komen, kite share FB lagi. *gelak*
    Mrs Z : krik krik krik krik
  2. Mrs Z: *adelah dialog drama hindustan skit * hahah
    Mr A : kalau pasangan anda sudah melangkah ke alam kebaikan, anda perlu ikut dia dengan cara memperbaiki diri agar anda dijodohkan dgn pasangan anda tu. bukannya merasa diri anda tidak layak, lepaih tu, mengalah. u should put a lot of effort. be a good muslimah, if you wanna get a good muslimin :)
    Mrs A : krik krik krik


dugaan dye tak yah lah cakap.. kalau yang dekat pun asyik gaduh jew.. apa lg yang jauh.. lgiII bila dgr org kate itu ini tntg dye orang.. lagi lah sakit jew dgr kan.. 


JAUH !! BOLE KE PERCAYA KAN DIA ? MANE TAHU DIA ADA GIRLFRIEND LAIN?
ACANO TU? *???

for me and Mr A. its easy for us.

"Why don't we trust each other?"
selagi kami sandarkan segalanya pada Allah ,for sure Allah akan pelihara segalanya ..bukan yakin dengan pasangan korang je penting ,tetapi,YAKIN LAH PADA ALLAH S.W.T kerana dia yang menentukan segalanya itu..
Insyaallah.

Saturday, May 10, 2014

Perkongsian Solat Dhuha :)



haaa... memandangkan sekarang tepat jam 7, so mate pon belum mengantuk actually. jari jemari gatal tangan sebab dah lame tak menaip :D
inshaallah. kejap lagi ain kongsi care solat dhuha. solat dhuha ni banyak kafiat nye. kalau salah or what mohon ditunjuk ajar protege ni :p
sebelum kite pergi jauh, ain nak share gambar ni haaaaa. moga ape yang ain update entry ni memberi manfaat sesame kite :')

























TARAAAAAAA!!! sebanyak pon dose kite, pintu taubat yang allah beri pada kite lagi besar dari ruang angkasa dan alam semeste ni taw. allah kan syg kite? allah kan maha pengampun :)

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Ni care dia. moga bermanfaat :) :) :)

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

AURAT :)


Dah nak masuk first anniversary 'penghijrahan besar' saya. Sejak haritu sampailah sekarang, masih tidak putus-putus soalan yang saya terima, berminat benar mereka dengan kisah itu. Dan kebanyakan mereka wanita. 

Saya memang suka bercerita. Dan berkongsi pengalaman. Dan kebanyakan yang bertanya meminta pendapat, bagaimana untuk kekal istiqamah dalam berhijab. Saya juga tidak berani berbual panjang kerana saya sendiri masih baru, dan akan kekal kuatkah saya untuk kekal istiqamah kelak hari.? Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.. Amin. Saya juga sedar saya masih tidak berjaya menutup aurat dengan sempurna. Dan ianya bukan perkara yang mudah untuk saya lakukan. Saya bertarung dengan nafsu. Jadi saya ambil keputusan untuk bertarung secara halus, perlahan dan teratur. Takut nanti jika berlari, akan tersungkur lagi.

Hari ini, saya berbesar hati untuk berkongsi TIPS MENUTUP AURAT. Sudah tentu mustahil tip ini dari saya. Tip ini saya dapat dari majalah Solusi Isu#26 tempoh hari semasa di Malaysia. Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat...

1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR bahawa tunuttan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat.?"

5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

SELAMAT HARI IBU, MA :)



ok, berbulan bulan bulan bulan bulan lepas, ain busy gileerrr dengan assigment, so, arini baru je ade mase nak update semua bende. Oh my Allah!! almost one year tak update blog. siriesly rindu T__T bersawang dah blog ni. and sampai tak perasan button follower ain terdelete --''

owh ye, sekarang jam 5:50 am kat sabah. dah syuru dah, tapi mate ni.. haish, as usual,  isomnia is come back. eye bag ni tak yah kire lah banyak hitam mate. HAHA. ok, update kali ni cume nak wish somthing kat ma kite yang comel. kat bawah ni, puisi untuk ma, iklas dari hati untuk ma . hihihi.

Dirotan,dipukul.
Bukanlah untuk mendera.
Mengajar aku lebih dewasa.
Seorang suri rumah power,
tukang masak power,
suara yang power,
mahir segala benda.
Zainab binti Sulaiman
Tidak asing lagi bagiku.
SELAMAT HARI IBU, MA. :')

haaaa.. maksud suri rumah power tuuuu.. nak tahu ape? ma lahirkan 10 orang anak taw. 6 adam,4 hawa. power kan? hihihihih.. nak ikut ma jugak taw! *gatai, kenyit2 mate*


tukang masak power? kompemlah anda semua takyah nak tertanye2. the best CHEF everrrr! paling suke ma masak gulai tempoyak! ohhh...! rindu! :')


suare yang power? ok, like mother, like daughter hihihi. ma ade suare merdu taw! waktu kecik2 suke dodoi2 sampai tidur. haha. dodoi arwah abah tido jugak. hahaha.


alhamdulilah berjaya jugak update entry for the first time after a year a go. and alhamdulillah jugak allah memberikan kepanjangan umur pada ma, so ain boleh wish :)

but, if abah still there, then it will be more exciting :)
Haaaaaa. ni lah mak kite yg comel, cantik tu. ni waktu umur ma 47 kot kalau tak silap. skrang dah 1 tahun :') makin cantikkkk. mcam anak diye. haha.

ok. tu je lah entry. AGAIN ma, HAPPY MOTHERS DAY :)