Friday, May 16, 2014
Dulu vs. Sekarang
masa sekolah rendah dulu, ain selalu teringin jadi kakak-kakak sekolah menengah, pakai kain biru, bawa buku sikit pergi sekolah. rasa macam, tak sabar nak jadi macam kakak-kakak. siap balik sekolah, boleh jalan-jalan dengan kawan pergi sana sini.
korang pernah rasa macam tu tak? ke, ain je ni yang rasenye?
lepas tu, masa dah sekolah menengah, tak sabar pulak nak jadi lagi kakak-kakak. tapi kakak-kakak versi pegang buku masuk kuliah. hoish. masa tu siap belajar sungguh-sungguh sebab nak masuk Universiti. selalu rasa macam, azabnya bersekolah, bila la nak habis sekolah, tak sukanya perhimpunan setiap Isnin, malasnya buat kerja sekolah -.-'
korang pernah rasa macam tu tak? ke ain sorang je ni yang rase?
bila dah sampai kat Matriklasi kedah, Allah, tak sabar pulak aku nak sambung degree kat universiti. macam azab je pergi kelas dari pagi sampai petang. lagi teruk dari sekolah dah ni. tapi okay la sikit, weekend, ajak roomate pi Cmart, tak pon pergi makan marry brown -.-'. fefelling hakak-hakak sangat tau, siap goyang handbag kat lengan.
korang pernah rasa macam tu tak? ke ain aje?
masuk pulak Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) , hmm, Allah, rindu pulak nak sekolah menengah balik, macam riang je zaman sekolah, tapi teringin juga nak kawen. ihik. dah degree, amik kau, assignment bertimbun-timbun, cari duit poket lebih lagi, dengan hal yuran lagi. Allah.
seronok pulak jadi kalau jadi kakak-kakak bekerja, duit masyukkkk. tak sabar la pulak nak cari laki, ada anak. zaman tu, hormon menggatal ain makin membiak. asal tengok baby je, nak je culik bela. korang pernah rasa macam tu tak? ke ain je?
bila dah nak habis study, degree pon almost dah nak settle, hoish, pening la pulak fikir pasal duit,nanti kene gune duit sendiri pulak. nanti acik dah taknak bagi duit. haha. ihik.nanti rindu pulak zaman huha-huha dengan kawan-kawan sampai bermalam kat bawah beta sebab esemen, duit tak dak. apak ar memory.
tapi bukan dulu dulu, nak sangat ke jadi macam sekarang? apa yang ain nak dah dapat. nak apa lagi? jadi hakak-hakak masuk universiti dah, dah nak settle study dah, berlaki dah,*eh, tengok cermin* tunggu lepas raya pulak nak ada anak sendiri pulak,yelah dua tiga hari ni asyik muntoh je hahahahahahahahah! tapi tetap rindu nak jadi macam dulu balik.
rindu nak jadi masa zaman sekolah. paling tension pun, lupa iron baju sekolah, masuk kelas, baju kedut macam kulit leher tok nek, tak pun, azab sikit kalau lupa buat kerja sekolah, siap-siap dah nak kena denda. tu la paling bermasalah pun.
sekarang punya cerita, dah merasa semua, bila dah merasa semua, mengharap sangat boleh rasa macam zaman dulu-dulu. best dia, tak payah nak fikir bab duit, tak payah fikir masalah menimbun macam la ni, teringin nak rasa riang ria macam dulu.
korang rasa macam tu tak? ke ain sorang je?
tapi, apapun, ain syukur sangat, macam-macam nikmat pernah ain rasa. terime kasih allah :') kalau nak list kat sini, habis lah lembab wifi enkorang yang amat laju itu. syukur, syukur, memang syukur, tapi rasa rindu pulak nak jadi dulu-dulu. huhu.
terima kasih sudi baca :)
Khas Buat Pembaca Wanita Yang Disayangi ♥
entry ni khas untuk wanita-wanita. sebab, kita-kita saja yang akan memahami keadaan entry ini sekarang, dan ain yakin, kita wanita-wanita haruslah pernah mencari keselesaan disaat-saat itu yang tiada tokok bandingannya. gitu kau.
waktu datang bulan. period. ABC. bendera Jepun. cuti sakit. apa lagi istilah korang pernah panggil?
ada yang siap dengan pakej period pain, senggugut, Allah, yang dulu-dulu ratu campus pun muka dah macam Markonah jual tempe tepi jalan kalau kena period pain. sedih gila. ain tak pernah rasa, tapi tengok kawan-kawan jadi, doa mintak simpang tujuh keturunan. seram weh. tapi last2 kene jugak lah bile akhir2 sem. yelah ain datang period lambat so sebab tu effect dye lambat. -_-
kadang-kadang teringin nak sejukkan dan tenangkan kawan-kawan yang jadi. tapi tak tahu macam mana, sekadar koyak buku latihan Maths, lepas tu tulis note cute-cute "semoga sabar, kejap lagi okay lah tu" saja. itu pun entah kawan baca ke idak le.
sekarang, cara lebih sweet nak bagi kawan-kawan senasib macam ni lebih tenang dan bahagia, hadiah la sebungkus dua Whisper Mesh & Cotton, jangan lupa note kecik yang sweet macam tadi tau. ihik. kawan sakit pun, rasa tenang sikit dah nanti. Allah. berapa hengget saja la kalau nak dibandingkan nilai persahabatan kan.
kalau ain, ain prefer Cottony Clean. terima kasih kepada blue-lock core berjasa untuk beri kami wanita-wanita lebih protection dari terbocor lah apa bagai lagi. jadi, dia lebih beri keselesaan dan kelembutan. kata cotton kann.
jadi, kalau 'salah parking' pun, insyaALLAH lah tak teruk sangat bocor dia macam yang sebelum ni pernah jadi. malu tauu, lagi-lagi pernah jadi kat restoran banyak banyak bintang, baru nak tambah buffet, aku sorang yang bertapa lama kat kerusi tu. -.-' korang pernah juga ek?
tapi, boleh juga pilih Whisper Ultra. lembut je pada kulit, tapi senang yang amat nak basuh. ikut korang la. lepa ni boleh pilih salah satu, lepas tu ingat la, bagi satu lagi untuk kawan karib. boleh?
jom gune WHISPER :D
terima kasih sudi baca :)
waktu datang bulan. period. ABC. bendera Jepun. cuti sakit. apa lagi istilah korang pernah panggil?
ada yang siap dengan pakej period pain, senggugut, Allah, yang dulu-dulu ratu campus pun muka dah macam Markonah jual tempe tepi jalan kalau kena period pain. sedih gila. ain tak pernah rasa, tapi tengok kawan-kawan jadi, doa mintak simpang tujuh keturunan. seram weh. tapi last2 kene jugak lah bile akhir2 sem. yelah ain datang period lambat so sebab tu effect dye lambat. -_-
kadang-kadang teringin nak sejukkan dan tenangkan kawan-kawan yang jadi. tapi tak tahu macam mana, sekadar koyak buku latihan Maths, lepas tu tulis note cute-cute "semoga sabar, kejap lagi okay lah tu" saja. itu pun entah kawan baca ke idak le.

kalau ain, ain prefer Cottony Clean. terima kasih kepada blue-lock core berjasa untuk beri kami wanita-wanita lebih protection dari terbocor lah apa bagai lagi. jadi, dia lebih beri keselesaan dan kelembutan. kata cotton kann.
jadi, kalau 'salah parking' pun, insyaALLAH lah tak teruk sangat bocor dia macam yang sebelum ni pernah jadi. malu tauu, lagi-lagi pernah jadi kat restoran banyak banyak bintang, baru nak tambah buffet, aku sorang yang bertapa lama kat kerusi tu. -.-' korang pernah juga ek?

jom gune WHISPER :D
terima kasih sudi baca :)
Cerita Bertudung dan Penjagaan.
Assalamualaikum ♥
berapa lama dah korang bertudung? dari sekolah rendah? bagusnya! dari sekolah menengah? dari masuk matrix? oo. baru-baru ni je? takpe, bagus apa, asalkan kita bertudung dengan niat untuk menutup aurat, hoi, Allah punya suka, tahu?
Alhamdulillah,ain start bertudung sepenuhnya masa di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dulu. tapi masa tu, bertudung ni tak 'trendy' lagi macam sekarang. jadi, macam-macam soalan lah timbul dari segenap pelusuk perempuan di dunia. antaranya:
1. tak rimas ke rambut asyik tertutup je, berpeluh?
2. tak rosak rambut ke dari pagi ke malam pergi kelas bertudung?
keajaibannya adalah, setiap benda pasti ada penyembuhnya. jangan sebab, kalau pergi kelas pagi, petang, malam kena pakai tudung, kau rasa bertudung tu membebankan. itukan suruhan Allah untuk menutup aurat, pasti ada hikmah khennn.
tapi tu la kan, ramai yang bila dah bertudung ni, complain pasal banyak kelumumur la, rambut jadi melekit la, lagi lagi Malaysian la, cuaca kita panas dan lembab kan, peluh tu wajib. tu yang kelumumur boleh jual kilo tu. sebab kelumumur pulak, tu yang jadi rambut gugur apa bagai.
adoi. -.-'
tapi tu la kan, ramai yang bila dah bertudung ni, complain pasal banyak kelumumur la, rambut jadi melekit la, lagi lagi Malaysian la, cuaca kita panas dan lembab kan, peluh tu wajib. tu yang kelumumur boleh jual kilo tu. sebab kelumumur pulak, tu yang jadi rambut gugur apa bagai.
adoi. -.-'
barisan para shampoo, hair conditioner & scalp refresher Safi Shayla. ♥
benda-benda khas, kita kena cuba. terus try cari kat supermarket empat-empat jenis, tapi bukan setakat empat shampoo saja, siap ada hair conditioner dan scalp refresher. beli kesemua terus dengan harapan, lepas ni boleh la share dengan enkorang semua. eceh.
secara personalnya, bau dia memang perempuan habis. setiap satu jenis shampoo, lain dia punya fungsi dan bau dia. ain dah try kesemua jenis, siap wajib pakai perapi dan penyegar okay. tapi sekarang berhenti sekejap sebab pulau labuan ni takdek shampoo ni -_-'' ape ade entah.
kalau dari segi bau, semua sedap dan harum, tapi paling ain suka color Pink, untuk Licin Terurus. bau dia ala-ala vanilla sikit, tapi Kawalan Rambut Gugur pun sedap, macam bau buah peach. teguk satu botol kang. itu pendapat dari bau la.
kalau dari segi penggunaan, ain ni ada masalah kelemumur, jadi, shampoo Safi Shayla kaler biru paling best, Anti Kelemumur, sekali sekala try juga kaler hijau, Segar Bermaya, memang satu hari kau rasa ringan je kepala lepas guna.
ikut korang la nak try yang mana, tapi, personally, semua best, sebab ain dah try semua shampoo.
kalau guna shampoo saja, tak cukup lagi tau, mana-mana jenama shampoo pun, kalau korang guna shampoo saja, korang tak akan dapat kesan paling terbaik. nak tak nak, kena pakai conditioner, penjagaan rambutsendiri, sebab shampoo adalah penjagaan dari kulit kepala. faham dah?
tapi macam mana kalau siap ada Scalp Refresher lagi? memang ain try la walaupun sebelum ni tak pernah guna. dah pakai, ambik kauu, dekat dua hari jugak la rasa kepala sedap gila. perfect habis, shampoo wangi, condioner bagus, refresher sejuk lama gila. hoii.
pernah dengar kan yang kebaikan Habbatus Sauda boleh menyembuhkan semua penyakit kecuali mati? familiar? yes, tu fact. macam mana kalau Habbatus Sauda ada dalam setiap shampoo, conditioner dan refresher Safi Shayla? mesti la rasa lebih yakin kan?
well, korang mesti tahu dah kenapa ain decide untuk try juga :')
alaa, dulu masa ain cari, jumpa kat Tesco je, la ni kat Mydin ada, Giant pun ada, kedai Haji Romli sebelah Dobi Mesra pun ada, senang dah nak cari sekarang. jangan bagi alasan susah cari pulak, memang dah bersepah orang jual dah. kecuali kepade yang duduk kat pulau labuan tercintot ni lah -_- haha
apa-apa, kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke page Safi Malaysia tak pun search je Instagram@safimalaysia . simple kan, sana korang boleh tahu macam-macam lagi, siap ada contest sekarang.
terima kasih sudi baca :)
Wednesday, May 14, 2014
Jarak Antara Dua Hati?
hati
Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apayang ingin mereka sampaikan.”
Hati Yang Kemarahan
Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.
Tuesday, May 13, 2014
Dinner Akhir HE23, Islamic Finance UMSKAL

yop! wasap wasap wasap!
macam yang korang boleh tgok tajuk entry ni, "Dinner akhir". so macam bunyi sedih je kan. Memang pon
-_-''
sekarang kat dalam kelas regulation, so takdek feel sgt lah nak update blog. hahah
Dari sehari ke sehari ain nk hapdet citer pasal annual dinner Course Islamic finance ni. yang tahun lepas pon tak berhapdet sangat. -_- ....asyik tak sempat jer....bila ainada masa internet pulak lembab cam siput. Ain kalau nak surf internet kat umah boleh je, tapi dua tige empat enam puluh hari ni.... internet kejap mati, kejap hidup. kejap sambung kejap putus. kalau ade batang kayu, nak je ain jolok macam sarang tebuan tu, jatuh kat lantai, pastu berkecai. tapi bile difikirkan kesan long term in investment , haaa tak jadilah teman nak munoh bende alah tu haha. Kalau kat umah sebelah malam.. memang ain tak sempat nak nak surf internet ke...hapdet blog ke....bukak facebook ke...jangan harap. sebab? STUDY! *KONONNYE* Sebelah malam kalau nak jugak bukak laptop kena tunggu anak-anak tidur dulu...itupun kalau Mr Papa tak pakai. *CEh! alasan Lagi* Ain pun tak taulah apa kena dengan MAxis broadband ain minggu ni. Lembab nak mampus....buat ain hangin satu badan. patutlah akhir2 ni asyik sendawe -_- tengah kelas ni,.ain nak hapdet blog jer...kene pandai curi mase. mase itu kan EMAS :D. Nak upload gambo lagilah sakit hati. Hari ni baru nampak ok sikit. Berbalik pada citer annual dinner tadi. Kali ni annual dinner company ain diadakan di TIARA HOTEL~~ yang best tu. ye, best. sangat best. ahhahaha. sebab tak banyak hotel kat sini. and credit and a thousand congratulations to all second year student. you did ur best. no! Their Very Best and awesome Best!!
haa. jangan kome nak rase awesome sangat, bukan hotel ni pon :p salah upload :D
ni yang carik kat google lah. tak dek duit banyak nak bercuti kat sini pastu nak amek gambar2 seme ni :D
dia malu nak ngaku yang ain popular :p
nak cakap pasal queen night.
jatuh kat tgn si puteri yg cantik.
zulaika meseri.
tapi tak nyempet eden nak amek gambo.
style hazmin makin menjadi2 -_-
yang kat luar yang excited bebeno dengan Running man tu,
haaaa. jangan jeles. snap ngan kwang soo the giraffe ni.
tiap ari jumpe, bosan dah.
gi anto balik korea lah. haha
berlatih cium dahi dulu. nanti bile Mr A cium tak lah malu sangeeett auchh
dah kalau Mr A cium tu, tandenye dah sah jadi suami istri lah kn?
so mesti lah nak jadi ibu kan? teehhhheee..
ni UmMi kat HE23 tu. amek berkat sikit hihihih
before ain upload gambar kami melaram ghamai2. mari sesame kite sedekahkan Al-Fatihah kat kawan satu course ain ni. Shafieq yang meninggalkan kami dengan banyak banyak banyak banyak kenangan yang sometimes bile ingat gelak senyum dan sebak datang jungah2 kat hati ni :'D
~ALFATIHAH~
*****************
malam dinner tu ade sikit tribute untuk ingat shafieq. mule2 bisik kat hati, ain. jangan nangis. abis mekap. HAHAHA. takleh nangis nanti ct jun lagi teruk menangis. :p lagipun ain takdek kaitan pon dengan syafiq. sekadar coursemate. bayangkan yang ain ni hanye coursemate pon dah rase tempias shafieq, ni kan pulak mereka mereka mereka mereka mereka yang anggap shafieq tu tulang belakang. sedih kan?? :')
Tribute utk shafieq. wahai sahabat, kami menyusul mu juga. moga syurga tempatmu.moga kita same2 melangkah ke syurga inshaallah :')
***********************
ok. dah. lap air mate kome tu. hihi.
malas nak bebel bebel panjang. kome tengoklah sendiri gambo2 ni :D tapi sebelum tu nak jugak upload gambo tantik titew malam tu. hahaha. NAH!
abaikan perut, abaikan pipi. tapi tengok kat titew unye kerongsang kat dahi tu. tans kat sugar mummy yang sponsor HAHA
ni sebahagian yang pergi Family Day HE23. tak sampai separuh pon. terase ke yang tak pergi tu? haaa. meh ain tolog jawab. memang teraselah sebab ain pon tak pergi T__Tsyahid di waktu pagi -_-'
![]() |
i guess, lagi lengkap kalau ade shafieq kan? hee :') |
ni international student yang lahir kat kelantan. name dia ABEY :D hahah
owh, ni adik ashrap majerin -_-' *ampun3

Lisa cute. :) endak endak endak. HAHA :pampun Lisa ampun ampun ampun :p
kamera bergegar pulak -_-
sahabat. peneman dunia dan akhirat inshaallah :)
introducing my MEKSARAH kami. dia ade bgtaw nak mak dye carikandia calon suami. so... why not korang gi KL n amek ati pakcik taha :Dampun mek ampun ampun :D
tengok.. gempak kan kami punye junior second year? betape sygnye meke pade kami.so, here we go, kami dapat bear yang bessssaaaarrr giiillleeee
yang pompuan kartoon tu, dye tak pakai baju -_-aku rase kalau lelaki yang biroh2 gatai2 tu tengok,berdarah hidung --'siap dijilat lagi rasenye kertas tag yang ade pompuan tu. HAHA
wiyah amek gambar bebanyak, nak buat vdeo mungkin.*curious*
yang tudung erah tu single. >_<yang tepi tudung merah tu mak orang :p
yang ni aku mals nak cakap. paling malas aku nak kenalkan. yang depan tu aku kenalkan,pikah namenye.yang belakang tu. errrrr *menguap*Alennnn arr. musuh aku kat kelas. :D hahaha
ni anak pak cik husuno. nasib baik la malam tu ok ok je majlis.biasenye sape yang duk semeje tak boleh makan.sebab? bergagar!!! hhahaha :pampun pijah :)
yang tudung itam ibu, yang tepi tu anaknye :')
haaaaa. ni ct jun anak paw paw paw paw pawali. hihicomelnye junnnn :D
sebabkan daging kambing tu,balik dari dinner, terus terrrrrrpengsan atas katil. kasut tak bukak.tdung tak bukak. macam heroin cite ketika cinta bertasbih pulak rase pengsan pakai baju pengantin lengkap haha-_-rupenye dah lame kak aishah nak amek gambar ngan ain.
dia malu nak ngaku yang ain popular :p
yang ni mintak maaf, salah masuk majlis oghang. patutnye tema arabic, tapi ce kome tgok..xdek gaya arabic pon.ce teke ce teke ce teke gaye ape?NINJA -_-''
nak cakap pasal queen night.
jatuh kat tgn si puteri yg cantik.
zulaika meseri.
tapi tak nyempet eden nak amek gambo.
style hazmin makin menjadi2 -_-
yang kat luar yang excited bebeno dengan Running man tu,
haaaa. jangan jeles. snap ngan kwang soo the giraffe ni.
tiap ari jumpe, bosan dah.
gi anto balik korea lah. haha
berlatih cium dahi dulu. nanti bile Mr A cium tak lah malu sangeeett auchh
dah kalau Mr A cium tu, tandenye dah sah jadi suami istri lah kn?
so mesti lah nak jadi ibu kan? teehhhheee..
ni UmMi kat HE23 tu. amek berkat sikit hihihih
ain end up dengan gambar buah hati ain ni <3 <3
*********************************
actually nak update semuuuuaaaa skali pasal coursemate ain satu persatu. tapi tak banyak gambar pon. psssstt. bukan tak banyak. xdek pon. sob3. tak pe. bab kate gadis cute motey julianan julie, "final exam ade lagi" :)
andndddddddddd. dinner ni macam tak lengkap lah sebab takdek ecah :')
takpe cah. ain dah sediakan TIGE PERUT utk kite. satu utk ain, DUA untuk ecah :p weerrkk.
ok peeps.. see u in next entry :)
bye. assalamualaikum. <3 <3 <3 <3 <3
Don’t Take Things Too Seriously, Mereka ajar Menjadi ain Lebih Matang!

Matang | Keep calm and drink tea
sori gambo kat atas ni takdek yang "keep calm and drink Bandung" hahaha. so entry kali ni nak share pasal nak jadi matang. sebenarnye, macam terkene kat batang hidung sendiri jugak sebab ain pon tak matang lagi :D tengok Nabi Saw kite. dari kecik takdek parents tapi boleh survive and lebih berganda2 matang berbanding kite pada awal usia. make him as a role bebeyh!
Nabi dibaling najis oleh musuh, tidak sedikit pun baginda (s.a.w) terasa hati. Disalinnya baju berkali-kali dengan penuh kesabaran. Berulang-alik Nabi berjalan di tengah-tengah mereka. Nabi tak marah langsung. Di zaman yang serba berteknologi tinggi sekarang ini ramai yang menjadikan laman sosial sebagai medan dakwah. Semakin hari semakin banyak fitnah dan tuduhan tanpa memahami mesej isi kandungan yang sebenar terlebih dahulu. tak paham -_- lagi2 si ehem2 kat kampus ain tu. senang cerite si FM(singkatan name bagi si polan and si polan) lah! grrrr. geram betul! Tak sedikit yang terlalu sensitif dengan apa yang dikongsi oleh si pendakwah sehingga menimbulkan pergaduhan dan perpecahan. Barangkali sudah tidak boleh berfikiran terbuka lagi dengan mesej Islam dalam kehidupan seharian. kadang ain sendiri pon kurang sensored dengan mesej2 dakah. bukan ape, kalau mesej yng panjang ain kadang tak bace langsung sebab ain mmg anti membace. -_- *kene tambahkan minat membace ni.
Masing-masing mahu berdebat melawan pendapat siapa lebih benar. tapi si FM tu memang selalu lah ain tgok dye **(&%#&*(%@#*&(!!!
wahai FM, hahaha *gelakjahat*
Bukankah diam itu lebih baik? Jika memang salah si pendakwah, kenapa tidak secara direct menegur kesalahannya?*ni utk akak senior tu* hahahah.
Berdakwah itu hukumnya wajib bagi setiap orang Islam. *padahal kadang ain pon terlepas pandang sebab ain rase sometimes tak layak pon nak tegur2 orang bab agame ni T_T
Don’t take things too seriously. Kalau tak belajar dari sekarang, bila lagi? Biasakan diri untuk tidak cepat sangat terasa. Tutup pintu cepat-cepat, supaya tak terkena tempias hujan terlalu lama kalau memang tak boleh nak hadam pendapat yang bercanggah dengan pegangan hidup.Tidak semua orang berpendapat yang sama. Bercanggah pendapat itu adalah lumrah kehidupan manusia, terpulang mana satu mahu dijadikan pegangan.Teringat pula pada kata-kata abah yang berjasa pada ain dan adik beradik yg lain.
Kalau tak nak belajar untuk tidak sakit hati, sampai bila baru nak jadi matang?
Kenapa senang sangat terasa hati dengan orang? Nak terasa, tak salah.. memang pun terkadang tu tindakan refleks. Tapi hakikatnya, Allah yang membolak-balikkan hati kita setiap hari, setiap saat supaya kita kembali kepadaNya. .Para pendakwah juga melakukan dosa dan kekhilafan. Tiada yang maksum kecuali jika mereka itu adalah Nabi. Jangan memandang orang terlalu tinggi atau terlalu rendah kerana hakikatnya kita semuanya sama.
Permohonan maaf merapatkan kembali silatulrahim. Memang menjadi kewajipan si pendakwah untuk memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan.
Tegurlah dengan cara baik dan jangan terlalu beremosi. Mereka juga manusia biasa. Mereka juga mahu menjadi diri sendiri. Tiada yang berbeza antara manusia.
Jadikan ‘sakit hati’ sebagai motivasi diri untuk berubah ke arah yang lebih baik, InshaAllah. Baca dengan hati yang terbuka. Fahami mesej sebenar yang cuba disampaikan.
Sekiranya benar-benar bermaksud sinis (menghina secara tersirat), barulah ditegur dan dinasihati supaya si pendakwah dapat memperbaiki diri yang khilaf. haishhh. kene baiki ni. sebabnye ain memang suke sinis tapi actuallly rase bersalah jugak T_T
Kalau memang betul-betul dihina secara direct atau dipanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati, ingat pada Nabi balik. Adakah sampai dibaling najis ke muka kita? Diamkan sahaja dan bersabar.Percayalah, besok-besok ganjaran yang besar menanti dari Allah s.w.t, berkat dari kesabaran.
ain nak share pengalaman saya pernah dihina dan dipanggil dengan panggilan yang tidak sedap didengar. ain, memang sejak azalinya seorang yang tersangat bising giler banget! tapi dalam bising tu, ape yang org mintak buat, ain buat sampai once tu kadang ade yang pijak kepala. dah lah pijak, dimenari menari pulak atas kepala ain. sakit pulek hati kite. bernanah lah hati ni kan. hahahaha
Bukan cuma golongan yang sejantina, malah yang lawan jenis dengan ain juga turut menghina pada waktu itu. Semenjak dari itu, keadaan mental ain menjadi tidak stabil dan sering diganggu dengan suara-suara mereka yang mengejek dan menghina walaupun ketika ain berseorangan di bilik/rumah.
Jujur ain katakan, memang ain bukan seorang yang mudah memaafkan orang lain. Tapi dari pengalaman inilah ain belajar cara menjadi seorang yang pemaaf, dan ain masih lagi belajar.
Sepanjang ain dihina itu, ain teruskan berdiam diri walaupun sakit. ain pendam dalam diam setiap hari namun, keyakinan diri ain semakin merundum dan keadaan mental ain berubah secara drastik.
Cuma mampu menangis dan menangis.
Seringkali rasa ingin membalas, tetapi tidak berdaya kerana sifat dan tidak suka kepada perdebatan (pergaduhan) ain yang sekian lama telah tertanam dalam diri.
Emosi terganggu, bila-bila masa saja keinginan untuk membunuh diri itu boleh wujud. Tetapi wajah ma and abah aim masih tetap melekat dalam hati. Alhamdulillah, ain bukan macam remaja-remaja lain yang suka menoreh nadi sendiri apabila tertekan. Nerakalah jawabnya jika ain sampai melakukannya. Wal ‘iya zu billah.
Allah itu Maha Memberi Petunjuk. Lama-kelamaan ain jadi semakin tidak tenteram. Rupa-rupanya, baru ain sedar bahawa sudah lama ain jauh denganNya.
ain kembali kepadaNya. ain berhijrah dan terus bersabar. Dalam solat, doa dan pakaian menutup aurat,ain temui ketenteraman jiwa. ain tetap bersabar walaupun masih dihina.
Suatu hari, Allah takdirkan ain berkawan rapat pula dengan tujuh orang dari kawan ain yang sekarang. nah tengok gambar meke meke ni :D
Ajaib! Sungguh ain tidak menyangka.Mereka trime ain seadenyeeeeee~~~ sape ain. background ain. terime kasih semua :')
Ganjaran buat hambaNya yang mahu bersabar dengan ujian yang menimpa adalah berupa ganjaran yang tidak disangka-sangka! SubhanAllah.
Sekadar perkongsian pengalaman hidup ain. Namun, terpulang kepada pilihan masing-masing. Akhlak Nabi itu tetap akan kekal sebagai contoh kepada umatnya sepanjang zaman.
Mengingati orang lain yang lebih berat ujian penghinaannya mungkin boleh dijadikan sebagai motivasi diri juga. Tetapi, mengingati Nabi s.a.w itu lebih baik, kerana pada diri baginda ada penawar.
Sunnahnya, dan selawat ke atasnya, di dalamnya mengandung pelbagai rahsia batin dan mukjizat baginda yang diberi oleh Allah s.w.t. untuk kita umatnya.
Selain itu, berzikir memuji Allah adalah yang terbaik sebagai penawar bagi hati dan segala jenis penyakit. Wallahua’lam.
Bersifat terbuka kepada perkara agama dan percanggahan pendapat itu dapat mengelakkan perbalahan dan perpecahan selain memberi ruang untuk memuhasabahkan diri. Wallahua’lam.
Keep calm, and stay positive.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
































