Saturday, July 26, 2014

PRAY FOR GAZA

Pray for Gaza

Semalam ketika Brazil di sayurkan 7-1 oleh German
 Umat Islam di Palestin juga di sayurkan oleh Israel
Tidak terperi kesakitan dan ketakutan yang dilalui 
oleh orang-orang awam yang tidak bersalah ini.
Terutamanya kanak-kanak

Marilah kita berlindung kepada 
ALLAH YANG MAHA BESAR
Berdoalah agar mereka di rahmati dan diberi kekuatan
 Sumbangkanlah apa yang termampu untuk meringankan beban mereka
Jika tidak mampu dari segi kewangan, sumbangkanlah doa yang ikhlas

Amin Ya Allah Amin

Monday, May 26, 2014

Palestin Memanggil Muslim Kembali Kepada Islam

Ya allah. lame pulak tak menghapdate belog kesayangan ni. weee~~
tadi ade belek2 buku majalah sekolah lama and wrote about palestin. and this one ain nak share. ngee~

Semua yang hadir di kehidupan dunia ini, hadir dengan realiti, bersama ilusi.
Biar pun kedua-duanya di pandangan mata nampak serupa, hakikatnya amat berbeza.
Insan sebenar itu realiti.
Fotonya hanya ilusi.
Realiti ada bau, ada rasa, ada makna.
Ilusi hanya boleh dipandang, tidak boleh dipegang, jauh sekali hendak memegang.
Bandingkan sahaja buah-buahan sebenar dengan buah plastik. Buah sebenar walaupun tidak sempurna rupanya seperti yang ditakrifkan sempurna oleh mata manusia, ia ada bau, ada rasa, boleh dijamah dan penuh makna. Buah plastik biar pun cantik, hanya jamuan mata, perhiasan semata.
Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara realiti dan ilusi, realiti sentiasa lebih bermakna berbanding ilusi.
ILUSI SEMASA UNTUK REALITI SEMALAM
Seorang tokoh agung yang dipuja lagi disanjung, mati apabila tiba ajalnya. Kerana kasih pengikut kepadanya, sebuah patung diukir indah. Patung yang rupa parasnya tidak ubah seperti tokoh yang asal. Patung itu dimuliakan, diletakkan di sebuah taman yang indah, menzahirkan rasa megah dan bangga terhadap tokoh itu semasa hayatnya. Patung yang mengekalkan rasa bangga dengan semalam.
Tiba-tiba datang seekor burung kecil, terbang petang seperti burung kecil yang lain. Burung yang penat singgah berehat, bertenggek di atas hidung ‘tokoh’ yang agung itu tadi.
Tanpa ada yang menghalang, si burung kecil melepaskan najisnya!
Betul-betul di hidung, di muka tokoh yang agung itu.
Si burung terbang menyambung perjalanan petang.
Tokoh tadi masih megah dengan sejarah semalam, semasa wajahnya berlumuran najis!
Tokoh itu tokoh yang agung. Namun dia hanya sebuah patung. Sebuah ilusi. Burung itu biar pun kecil, dia hidup, dia realiti.
Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara ilusi dan realiti, kemenangan sentiasa berpihak kepada realiti, biar sekecil mana pun realiti itu, dan sebesar mana pun sebuah ilusi.
ILA AL-ISLAM MIN JADID (KEMBALI SEMULA KEPADA ISLAM)
Ini adalah sebahagian daripada analogi yang dirumuskan oleh Sheikh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam min Jadid (Kembali Semula Kepada Islam), tentang hakikat yang perlu diberikan perhatian umat Islam terhadap akar umbi permasalahan hidup mereka.
Al-Quran memperincikan tentang ciri-ciri Yahudi. Dan Yahudi di Palestin benar-benar seperti yang diceritakan. Yahudi di Palestin adalah Yahudi tulen. Al-Quran memperincikan tentang ciri-ciri Nasrani. Dan Nasrani di Amerika Syarikat dan blok Barat benar-benar seperti yang diceritakan. Nasrani itu adalah Nasrani tulen.
Al-Quran yang sama memperincikan tentang ciri-ciri Muslim.
Samakah Muslim seperti yang digambarkan oleh al-Quran?
Samakah kita seperti apa yang al-Quran gambarkan tentang kita?
Berapakah jarak di antara diri idaman kita dengan diri yang sebenar?
SYARAT KEMENANGAN

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

 Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.[Al-Isra' 17: 7]
Dalam pusingan kehancuran dan kemusnahan yang dilakukan oleh Yahudi kali ini, fasad mereka tidak kekal selamanya. Mereka akan tumpas, mereka akan tewas. Mereka akan kalah dengan kehinaan dan kemuraman wajah, dan yakinilah bahawa mereka juga mengetahui akan hakikat ini.
Namun kemenangan pemenang pada menumpaskan Yahudi di bumi Palestin adalah bersyarat.
Mereka memasuki Palestin seperti kemasukan mereka kali pertama dahulu.
Dengan kualiti yang sama.
Hanya Muslim tulen yang berhak menuntut kemenangan yang dijanjikan Tuhan.
Palestin menunggu Muslim kembali kepada Islam.
Yahudi tulen, Nasrani tulen, ‘menunggu’ kehadiran Muslim tulen.
Pertempuran antara dua realiti, memenangkan kebenaran atas kebatilan.
Pertempuran antara realiti vs ilusi, kita menipu diri sendiri!

وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا

“Jika kamu kembali, Kami kembali” [al-Isrā' 17: 8]
- See more at: http://saifulislam.com/2014/05/palestin-antara-ilusi-dengan-realiti/#sthash.X4DR2ZbP.dpuf

Saturday, May 17, 2014

Rasional tak tunjuk gambar kita dengan gambar orang tersayang kat umum?


sebelom bace entry kali ni, sila amik mood rilek. kendurkan urat urat tensi, dan senyum telinga-ke-telinga. wajib! kalau tak buat, siap arr malam ni. 

orang tanye ain, "kau tak pernah upload gambar tunang or buah hati kau kan sekarang ni. dulu kemain lagi.?"

so tetibe je ade mood nak flashback lah ni hihi

ain pernah pergi raye rumah ustaz ain kat sekolah dulu lah. tengah berbincang tentang Halal& Haram. fasal melukis kartun, kan tak boleh. haram kan, sebab nanti di akhirat kelak, dia akan mintak kita nyawa, ye la, kita dah lukis jasad perfect dia, dia nak la nyawa kita.

tiba tiba, slumber rock je ustaz tu cakap "gambar gambar kamu dengan keluarga ke, suami ke, jangan la di tunjuk public" gluppp~ tertelan halkum ain. lebih pantas dari kilat ain tanya uztaz "kenapa ustaz?!" ingatkan haram tadi. maka, uztaz pun explain la secara detail........

jeles arr, hakuh dengan bopren aku tak leh pulak camni!

kamu tunjuk gambar kamu di facebook (ustaz tu ada fesbuk ooo), gambar kamu dan suami kamu, bagus, bukan tak bagus, tapi orang yang tengok, ada tak yang cakap         "ماشاء الله". kalau orang cakap, ish, sorang ni tak padan la, sorang gemok sorang kurus, bukan ke tu satu doa?

kalau ada orang yang tak suka kita, sebab bukan semua orang suka kita, dia tengok gambar kita dengan suami kita dia cakap "hmm,.ni tak lama la nii.." bukan ke tu satu doa? bukan benda tu haram, tapi, fikir la akibat nya.

kalau orang tengok kamu bahagia dengan suami kamu, tak pun, suami kaya ke, handsome ke, dia suka, dia buat benda jahat kat rumahtangga kamu, macam mana?

buat la apa apa untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga. kalau nak bergambar romantik pun, buat la tatapan kita dengan keluarga, cukup la. cemburu, doa buruk, iri hati, hasad dengki la yang buat rumah tangga kita tak selalu gayah spanar goyah

oh. macam tu ke ustaz, jadi, sama sama la kita jangan tunjuk gambar gambar pasangan kita ye. tapi, terserah la pada individu, cara sendiri, ikut kata hati kan. kalau kita rasa semua tu okay saja, terus kan.

tapi, kalau kita rasa ustaz ain cakap tu, betul, maka, sebaiknya, elakkan la. ni cuma satu nasihat saja. mungkin ada orang kata pendapat ni betul ada juga orang kata pendapat ni salah. ye dok??

terima kasih sudi bace! :)

Pahang Vs JDT


haloo haloo haloo!
pernah tengok harimau makan gajah tak? pernah dengar cite tentang gajah penyek harimau? errr. macam dua2 tak. tapi probability untuk gajah penyek harimau tu emang besar lah en en en?? hihihih.
owh ye, bukan nak cite sangat pasal haiwan besar dan garang tu. ni nak cite pasal PAHANG DARUL MAKMUR YANG AWESOME dan JOHOR DARUL TAKZIM :)

kalau nak bawak aku tengok bola kat mane2 stadium secara LIVE, mohon bawak bodyguard awal2. sebab aku ni fanatic gilleerr dengan bola so emang dasar lah kan hahaha. owh. rindu pulak nak tengok bola ngan arwah abah sambil loncat2 sambil jerit "GOOOOLLLLLLLL"!! :'D
owh ye, tadi aku pergi tengok kt kafe UMSKAL tercinta ni. dengan "BEBERAPA" kawan. mule2nye, kesnye mulenye macam ini : 



mule2 aku tak tahu pon ade game dua team ni haaa. sampailah ade budak tu tag aku ajak pi tengok. tapi kakmai dulu yang balik. -_- ok. i is excited. :D ape lagi. melaram lah pakai baju PAHANG AMOK TOK GAJAH :) 

over excited punye pasal kan. tapiiii -_-
tapi bile aku pergi je kafe tengok keadaan kat bawah ni, I IZ SAD -_-''
sedih mengangis tengok keadaan kafe -_-

krik krik krik krik krik ~~ bunyi cengkerik di labuan. ya allah! xdek orang semangat kesukanan lanshunggg! phuiii! beria-ria aku datang jam 7 malam pastu dapat tahu, game start 8.45 malam. ok, again, I IS SAD -_-
malunye aku! pergi kafe dengan takdek orang. pastu krik krik sesorang. yang tukang ngajok nye tak tengok pon bola. pffffttttttttttttttt~~ tengok kiri tengok kanan, semua buat dok know je ngan game tu. si yasmin tengah on Call dengan boyfren. kakmai ngan boyfren. aku? biaselah hidup jauh dengan encik abang kite ni hahahah. sepanjang game berlangsung, aku persetankan & pedulikan semua orang kat tepi. menjerit pon segan2. haha. nyelah macam aku yang over excited. sampai coursemate tegur pon aku ignore je. texting, wechating, wasaping, intagrraming, facebooking and calling diharamkan same sekali ! HAHA!
ok. now kitee masuk part pemain dia pulak. 

"come on lah JDT. u all main ganas sangat lah" --> mule2 lah. then aku nampak Pahang pon ape kurang nye. memalukan betul MARTIAZ ni -_-
ok, nak komplen pasal pemain JDT dulu lah hihi. urmmmm. kalau aku jumpe pemain no 19 JDT tu aku tahulah ape nak buat. aku nak je bukak balutan kepala dia yang botak tu. eee geram nye tengok dia mainnnn >_< *urut2 dada*
dia boleh pulaaakkkk sepak abang kesayangan kiteee. grrrrrr. geram pulak kite tengok. bengkak hati! bernanah lagi tu! *rileks ain. rileks. haha*
ni la haa. luciano figueroa. si ganas tu :D

ok. now time masuk nak komplen pasal pahang pulakkkk. pahang main tak bertenaga hari ni :'( pahang kurang dalam defend. but, its ok. pahang tetap JUARA! *joget jongjong inai* ok, untuk pasukan pahang, yang jadikan pahang tercemar dengan keganasan dalam game tu ialah  MATIAS RUBEN CONT. jahat jugaklah dia main. sambil boleh tonyoh2 lagi kepala orang. siap pegang2 tangan. yang ni aku geram sebab bukan je cemarkan pahang tapi dia sengaja cari gaduh ngan abang aku Saffe Sali tu. haha. geram ehhhh..
nampak tak? dengan refff pon dye tak takut HAHA.
siap boleh tutup telinga lagi bile kene bebel ngan reff :D
tu jelah yang aku tak puas hati pasal pemain dua orang ni -_- no 9 & 19. haaaa elok lah tu. pergi kawan duaorang pastu tumbuk duaorang haha.

ni lah abang kite safee sali tu :D

gol yang pertama JDT dibuat oleh  luciano figueroa , gol kedua dibuat oleh Safeq :)
untuk pahang, Gol pertama aku ak tahu, gol kedua pon aku tak tahu. HAHA. sebab ? macam aku cakap tadi pahang main tak berape lincah harini :) so aku tak nampak sape buat. hihi. 

minit yang ke 81:** saat tadi tu aku ajak yasmin balik dah. tapi Yasmin cakap takyah lagi. kot2 ade rezeki menang. haha. aku pon macam dah GIVEUP dah tgok pahang main PUIH!  tambah lagi anaser2 luar coursemate yang cakap "baliklah. tidolah" -_- i IS SAD. tak boleh terime kekallahannn PAHANG. malu nye pakai baju pahang.! malunye update status kat FB tu! grrrrr. but sebenarnye aku patut tukar mindset aku, kalah ke menang ke, IM STILL PAHANG-IAN. proud to be PAHANG-IAN!!!!!! PROUD PROUD PROUD PROUD! tapi sampai je minit yang ke 84:** saat, baru je nak angkat bontot membawa diri, tapi dengar orang cakap "GOOLLL" aku pon -_-'' "ceh, JDT gol lagi. sekali tgok SCREEN TV.. PAHANG GOLLLLLLL!!! aleee aleee aleee aleeee pahang ku :D

balik terus tido lene lah! hhihihihi. :D

by the way, dua-dua gol keeper mantap! :)

again, rindukan suara abah jerit "GOLLLLLLL" sambil joget2 :')
 AL-FATIHAH ABAH :')

sekian .







Friday, May 16, 2014

Befday budak comel dan cantik :)

Dulu vs. Sekarang


masa sekolah rendah dulu, ain selalu teringin jadi kakak-kakak sekolah menengah, pakai kain biru, bawa buku sikit pergi sekolah. rasa macam, tak sabar nak jadi macam kakak-kakak. siap balik sekolah, boleh jalan-jalan dengan kawan pergi sana sini. 

korang pernah rasa macam tu tak? ke, ain je ni yang rasenye?

lepas tu, masa dah sekolah menengah, tak sabar pulak nak jadi lagi kakak-kakak. tapi kakak-kakak versi pegang buku masuk kuliah. hoish. masa tu siap belajar sungguh-sungguh sebab nak masuk Universiti. selalu rasa macam, azabnya bersekolah, bila la nak habis sekolah, tak sukanya perhimpunan setiap Isnin, malasnya buat kerja sekolah -.-' 

korang pernah rasa macam tu tak? ke ain sorang je ni yang rase?

bila dah sampai kat Matriklasi kedah, Allah, tak sabar pulak aku nak sambung degree kat universiti. macam azab je pergi kelas dari pagi sampai petang. lagi teruk dari sekolah dah ni. tapi okay la sikit, weekend, ajak roomate pi Cmart, tak pon pergi makan marry brown -.-'. fefelling hakak-hakak sangat tau, siap goyang handbag kat lengan.

korang pernah rasa macam tu tak? ke ain aje?

masuk pulak Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) , hmm, Allah, rindu pulak nak sekolah menengah balik, macam riang je zaman sekolah, tapi teringin juga nak kawen. ihik. dah degree, amik kau, assignment bertimbun-timbun, cari duit poket lebih lagi, dengan hal yuran lagi. Allah. 


seronok pulak jadi kalau jadi kakak-kakak bekerja, duit masyukkkk. tak sabar la pulak nak cari laki, ada anak. zaman tu, hormon menggatal ain makin membiak. asal tengok baby je, nak je culik bela. korang pernah rasa macam tu tak? ke ain je?

bila dah nak habis study, degree pon almost dah nak settle, hoish, pening la pulak fikir pasal duit,nanti kene gune duit sendiri pulak. nanti acik dah taknak bagi duit. haha. ihik.nanti rindu pulak zaman huha-huha dengan kawan-kawan sampai bermalam kat bawah beta sebab esemen, duit tak dak. apak ar memory.

tapi bukan dulu dulu, nak sangat ke jadi macam sekarang? apa yang ain nak dah dapat. nak apa lagi? jadi hakak-hakak masuk universiti dah, dah nak settle study dah, berlaki dah,*eh, tengok cermin*  tunggu lepas raya  pulak nak ada anak sendiri pulak,yelah dua tiga hari ni asyik muntoh je hahahahahahahahah! tapi tetap rindu nak jadi macam dulu balik. 

rindu nak jadi masa zaman sekolah. paling tension pun, lupa iron baju sekolah, masuk kelas, baju kedut macam kulit leher tok nek, tak pun, azab sikit kalau lupa buat kerja sekolah, siap-siap dah nak kena denda. tu la paling bermasalah pun.

sekarang punya cerita, dah merasa semua, bila dah merasa semua, mengharap sangat boleh rasa macam zaman dulu-dulu. best dia, tak payah nak fikir bab duit, tak payah fikir masalah menimbun macam la ni, teringin nak rasa riang ria macam dulu.

korang rasa macam tu tak? ke ain sorang je?




tapi, apapun, ain syukur sangat, macam-macam nikmat pernah ain rasa. terime kasih allah :') kalau nak list kat sini, habis lah lembab wifi enkorang yang amat laju itu. syukur, syukur, memang syukur, tapi rasa rindu pulak nak jadi dulu-dulu. huhu.

terima kasih sudi baca :)

Khas Buat Pembaca Wanita Yang Disayangi ♥



entry ni khas untuk wanita-wanita. sebab, kita-kita saja yang akan memahami keadaan entry ini sekarang, dan ain yakin, kita wanita-wanita haruslah pernah mencari keselesaan disaat-saat itu yang tiada tokok bandingannya. gitu kau.

waktu datang bulan. period. ABC. bendera Jepun. cuti sakit. apa lagi istilah korang pernah panggil?


ada yang siap dengan pakej period pain, senggugut, Allah, yang dulu-dulu ratu campus pun muka dah macam Markonah jual tempe tepi jalan kalau kena period pain. sedih gila. ain tak pernah rasa, tapi tengok kawan-kawan jadi, doa mintak simpang tujuh keturunan. seram weh. tapi last2 kene jugak lah bile akhir2 sem. yelah ain datang period lambat so sebab tu effect dye lambat. -_-


kadang-kadang teringin nak sejukkan dan tenangkan kawan-kawan yang jadi. tapi tak tahu macam mana, sekadar koyak buku latihan Maths, lepas tu tulis note cute-cute "semoga sabar, kejap lagi okay lah tu" saja. itu pun entah kawan baca ke idak le.





sekarang, cara lebih sweet nak bagi kawan-kawan senasib macam ni lebih tenang dan bahagia, hadiah la sebungkus dua Whisper Mesh & Cotton, jangan lupa note kecik yang sweet macam tadi tau. ihik. kawan sakit pun, rasa tenang sikit dah nanti. Allah. berapa hengget saja la kalau nak dibandingkan nilai persahabatan kan.

kalau ain, ain prefer Cottony Clean. terima kasih kepada blue-lock core berjasa untuk beri kami wanita-wanita lebih protection dari terbocor lah apa bagai lagi. jadi, dia lebih beri keselesaan dan kelembutan. kata cotton kann.


jadi, kalau 'salah parking' pun, insyaALLAH lah tak teruk sangat bocor dia macam yang sebelum ni pernah jadi. malu tauu, lagi-lagi pernah jadi kat restoran banyak banyak bintang, baru nak tambah buffet, aku sorang yang bertapa lama kat kerusi tu. -.-' korang pernah juga ek?



 tapi, boleh juga pilih Whisper Ultra. lembut je pada kulit, tapi senang yang amat nak basuh. ikut korang la. lepa ni boleh pilih salah satu, lepas tu ingat la, bagi satu lagi untuk kawan karib. boleh?

jom gune WHISPER :D


terima kasih sudi baca :)