Saturday, May 9, 2015

Akhir

Burpp Burpp Burpp.

Telefonku bergetar. Tersedar dari tidur yang lama dek kerana perjalanan yang jauh dari kotaraya. Aku lihat jam di tangan. 

            "Allah. Dah jam 9 rupenya"  sambil aku cuba membuka mata yang seakan dihempap batu. Berat!

Ku lihat wassap di telefonku. dari Adik Adilah.

            "Assalamualaikum Kak Hawa Comeyl , Dila dekat KL sekarang. Baru sampai petamg       semalam. Abang told me you are in KL. Lets Meet!"

Gegas aku reply dengan hati kurang senang. hati yang seakan menjangka sesuatu bakal berlaku.

            “Allah Adilah. You’re a bit late for this. I’m on my way to Kuantan dear. Tomorrow is        holiday! Unfortunately its 4 day and I can’t meet you this week. Sorry my dear.”

Menunggu beberapa minit kemudian, Adila masih “Typing”. Aku masih menunggu sehingga mata ini terlelap kembali. Mata betul-betul seakan dihempap batu. Mungkin tekanan jiwa disebabkan bos yang tidak berapa “betul” dipejabat. Tidur terasa resah. 

*********
            “akak bila nak kahwin”
Setengah jam terlelap, aku membelek wassap yang dihantar Adilah. Terkejut ada, berdebar pun ada. Kenapa soalan itu yang ditanya setelah beberapa tahun kami tidak menyuarakan isi hati masing-masing. Dengan tenang aku membalas.
akak baru je kerja kat KL ni sayang. Akak kene kumpul duit dulu. Ramai lagi yang perlu dibalas jasa. But if ada jodoh, who knows? Esok pun boleh kawin kan dengan abang Aizam? Kenapa Adilah Tanya ni? Adilah dah ada someone special ke? Nak kawin dulu ye? HAHA”
Kelihatan Adilah is typing.....
Beberapa minit menunggu secara tiba-tiba diam sepi. Last seen on10.03pm. Curiga dengan apa yang hendak diluahkan Adilah. Mungkin dia ada pilihan sendiri tetapi masih menunggu aku dan Aizam diijabkabul. Dia tidak mahu “langkah bendul”. Ya, agak dibanggakan aku dan Aizam bertunang selama 2 Tahun setengah tetapi masih mampu bertahan. Seorang di Malaysia, seorang dahagakan ilmu di Negara luar. Aku tidak mahu menjadi beban kepada Adilah untuk tidak langkah bendul semata mata kerana cita-cita melangit aku ni. Betul, rezeki lepas perkahwinan tiada yang tahu. Tapi, bagi aku masih ramai yang diluar sana mengharapkan aku untuk membuahkan hasil pada mereka setelah banyak bekorba. Lantas takkan aku hanya sia-siakan mereka yang berkorban. Cuba kamu fikirkan, wanita mana yang tidak mahu bina rumahtangga dengan orang yang disayangi. Orang yang memang dari dahulu kita impikan? Aku hubungi Adilah. Talian tidak berangkat. Mungkin sudah tidur. Jam di tangan menunjukkan jam 1030 malam. Masih ada kira-kira dua jam untuk sampai ke destinasi. Aku cuba hubungi sekali lagi. Last try maybe.
           



”Assalamualaikum akak!” kedengarann suara Adilah excited.

”waalaikumusalam Dila! Kenapa tak reply wassap akak? Ada bende nak share ke? Tanya aku dengan penuh tanda Tanya.

Bermulalah gossip murahan kami. Setahun rasanya kami tidak jumpa memandangkan Adilah sambung belajar di UAE. Memang hidup ni dipenuhi dengan kawan-kawan dan saudara mara yang belajar luar Malaysia. Kadang-kadang rasa kecil jugak. Kami bergelak ketawa seolah-olah bas yang aku naiki sekarang adalah aku punya. Tanpa hiraukan abang yang tidak aku kenali nama di sebelah. Tiba senyum ku mati apabila dihujung talian kedengaran Adilah menyampaikan sesuatu berita yang aku  tidak tahu apa rasa hati ni. Sedih? Berkecil hati? Like seriously im not that kind of women.!but sejujurnya, Sakit.

“Kak Hawa, umi ada tanya Abang Aizam samada akak nak kahwin tahun ni ke tak, if akak taknak, Umi cakap nak cari calon kat abang. Sebab abang dah masuk 23. Tak sabarlah tu umi nak timang cucu” sambil gelak seperti biasa.

“owh yeke, kesiannya umi. HAhah. Bila Umi tanya Dilah? Balas aku

“Dua minggu lepas lah, waktu jemput Abang Aizam kat airport lagi.Sampai je , belum lagi makan malam terus umi tanya dalam kereta ni hahahah.” Adilah masih gelak di talian.

“Abang Aizam balik Malaysia?” Tanya aku kurang pasti.

“laaaa.. akak tak tahu ke? Dua minggu lepas lagi abang Aizam ada kat Malaysia.” Jawab Adilah terkejut.

“Tahu, tapi ingatkan dia main-main. Sebab nada dia main-main. Hahahaha. Bertuah punya tuning. Hahaha.” Aku menahan sebak.

“he want to surprised you i thought.” Jawab Adilah spontan.

Allah. Dugaan apakah lagi. Kuatkan aku. Aku bermonolog.

            “Kak Hawa? Tidur ke?” Jawab Adilah buatkan lamunan aku terbuang.

            “heyyy. Mana ada. Akak fikir waktu yang sesuai ni untuk jumpa Adilah.
           
“baik akak kahwin cecepat. Setiap hari boleh jumpa Adilah. Hahaha. Jangan sampai Abang Aizam kene rampas dengan orang. Cotohnya anak Mak long Auni.” Gurau Adilah.

“kenapa Adilah cakap macam tu? Ada cerita pape eh tak shared? Uji aku.

“akak tahu tak, maklong nak jodohkan abang dengan kak Aina Fitrah yang jadi cikgu kat Sarawak tu. Alaaaahhh, sepupu Dila yang satu MRSM dengan abang dulu. Ingat tak yang raya haritu pakai baju jubah yang akak cakap cantik jubah dia? Terang Adilah bersungguh.

“Owh, Aina. Ingatlah. Yang tak cantik tu kan?” senda aku sambil melepaskan gelak yang palsu.                   “But Aina OK what? Teacher and engineer . Great match!”

“Taknaklah akak. Kak Aina tak macam akak. Banyak mulut. Selalu aje buat orang gelak. Dia tu kan pendiam. But tak sama macam maklong. Maklong mulut banyak gila. Nasib Kak Aina tak ikut mulut Maklong.” Bebel Adilah.

“Eh, kenapa pulak. Akak pun banyak mulut. So Adilah tak sukalah?
“mulut akak banyak lain. Banyak maklong lain. Hahaha. Akak tahu tak dia boleh bagitahu umi suruh kenen-kenenkan abang dengan kak Aina. Dia cakap ngam sangatlah. Family background akak and abang tak sama. Uneducated! Abang Aizam terkejut dengar taw kak.”

Itulah Adilah. Kalau bercerita, bersungguh bebenar berbetul. Hati paling kecil cuba menepis semua perasaan. Tapi mata tidak dapat menipu. Setitis demi setitis jatuh jugak akhirnya walaupun bertahan acap kali.

            “Apa reaksi Abang Aizam? Tanya aku sengaja. Sengaja untuk tahu sedikit demi sedikit.

“Abang diam je. Malas nak layan katanya. So, bila ni akak nak kahwin? Agak-agak tahun ni tak? Dila nak jadi pengapit! Abang kata nak buat tema putih merah tau. Tapi dia tak cerita sebab apa. Cepatlah kak kahwin!” suara Adilah comel di hujung talian.

“Insha-Allah Abang Aizam kahwin tahun ni. Adila jadilah pengapit nanti. Hehehehe” jawab aku. Masih. Masih aku menyembunyikan sakitnya hati,. Berkecai seolah kaca yang bersepai jatuh ke lantai.

“akak kenapa suara penat je?” tanya Adilah.

“akak kejar bas and banyak keje ofis tadi dari pagi sampai petang. Esok kita wassap lagi ye. Akak nak tidur kejap je.”

“ok kak Hawa. Take care. Goodnight kak. Assalamualikum.”

“Baik. Waalaikumusalam Dila. Goodnight.” Aku memutuskan talian.

Aku keluarkan semua apa yang ada di hati. Aku lepaskan semua. Buku pemberian Maisarah yang bertajuk La tahzan, Jangan Bersedih aku peluk. Seolah-olah member aku semangat untuk aku teruskan apa yang bermain-main difikiran aku. Putus. Itu sahaja yang bermain difikiran sejak berbulan-bulan yang lalu. Salah satu isi dibuku itu “jika kamu lelah berjalan, ingatlah. Masih ada orang yang allah hantar untu kamu supaa kamu teuskan hidup.”

Aku tanamkan kata-kata itu dalam diri. Aku capai telefon dari beg tangan dan mula menaip:

            “Mengenali awak adalah satu anugerah. Mengenali awak membuatkan saya berusaha mendalami ilmu agama. Cuba berkawan dengan mereka yang mampu bimbing saya. Tapi saya tahu, rencana allah tiada siapa yang mampu duga. Rencana Allah untuk kita sampai sini sahaja. Maafkan semua keangkuhan, keegoan dan kekasaran saya selama lima tahun perkenalan. Halalkan semua. Moga awak dapat yang lebih baik. Seperti saya jangkakan. Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik. Dan sebaik-baik wanita itu adalah bukan saya tetapi wanita di luar sana. Two yeas we survived. And i think i could not anymore. This is our end. Assalamualaikum.

Lama aku menunggu. Lebih kurang 15 minit masih belum terima apa-apa respon. Abang yang tidak aku ketahui nama hulurkan aku sekeping tisu seolah-olah memahami. Diam. Sepi. Destinasi yang dituju pun tiba. Aku sapu airmata yang bersisa. Masih tidak tahu macamana mahu explain pada family tentang pengakhiran ikatan tuning kami. Aku tarik nafas sedalam-dalam nya. Hembus perlahan dan senyum J . ya, itu sahaja yang mampu dilakukan sekarang.

Dari jauh kelihatan Ma dan ude sedang menunggu di ruang menunggu. Ku lihat jam di tangan tepat jam 1 pagi. MashaAllah! Letihnya.

Sejam berlalu, dua jam berlalu. Tatkala sedang melayan perasaan, telefon bergetar. Wassap masuk. Tetapi hati ini, hanya Allah je yang tahu. Debaran untuk bukak sekeping mesej seolah jantung mahu tercabut. Tertera di skrin.

“ Just read yours. PMS again? Go and take wudhu. Its 3am now. It’s good for your tahajud”

Ya Allah! Lelaki ini! Masih memikirkan Allah di setiap sudut hidup dia. Aku? Hanya melayan perasaan yang sememangnya syaitan suka. Astaghfirullah!. Sungguh, Aizam memang jauh bezanya dengan aku. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Lantas aku mencapai sejadah dan kain solat. Aku ke bilik air untuk berwudhuk.

*********
Jam menunjukkan jam 6:30 pagi. Ku lihat missed call sebanyak 5 kali sejak jam 5 pagi tadi. Bila dibuka, terpapar nama Mr.A. aku cuba hiraukan. Aku abaikan. Aku buka wassap dan tertera nama yang sama menghantar pesanan.

            “why? Explain.”

Aku berkeras untuk reply. Alu pedulikan sahaja. Rutin harian perlu diteruskan. Tidak perlu fikirkan lagi perkara yang lepas.

Saudara mara ramai yang dating untuk majlis makan-makan keluarga kami. Bila dengar gelak hilai tawa hati berbisik “Allah kurnikan kau nikmat yang belum tentu orang lain dapat. Keluarga bahagia”. Mulakan senyuman paling indah!

*********
Setelah habis makan tengahari, ramai yang dah mula bergerak pulang ke rumah masing-masing. Kami yang selebihnya ini ditugaskan jadi bibik sementara untuk bersihkan semua mangkuk pinggan di dapur. For me that was not a problem. Sambil basuh, sambil bergosip dengan makcik makcik. And that makes me happier! J dalam masa yang sama otak memikirkan bagaimana mahu memberitahu keluarga mengenai perkara semalam. Allah, permudahkan.

Jam menunjukkan jam 4:30pm. Selesai sahaja semua benda di dapur, aku tunaikan dulu kewajipan sebagai hamba. Dalam doa tidak putus untuk berdoa diberi kekuatan. Tapi aku sendiri hairan, aku tidak berdoa untuk dikembalikan Aizam pada aku. Aku tidak rasa sakit hati dengan kepuusan aku tetapi aku marah dan sakit bila keluarga aku dikotak katikkan. Uneducated membuatkan aku rasa ego aku tercabar. Sungguh. Aku tidak tipu. Berpuluh dugaan mungkin beratus dugaan dilalui sepanjang tempoh pertunangan. Tapi dugaan ini yang buatkan aku nekad dengan keputusan aku. Aku takkan biarkan satu airmata pun jatuh lagi. Maruah keluarga aku, maruah aku! Sedang aku menyibukkan diri dengan mengemas bilik, kedengaran suara memanggil nama aku.

“Hawa, Hawa. Ni kawan dating cari.” Panggil Ma ulang kali.

Dari jauh Nampak ma rancak berbual. Aku fikir ila dating sebab dah janji untuk keluar jam 5:30 petang. Aku sahut shawl biru turquoise dan sarung. Tak perlu digosok. Mudah dan cepat.

            “Assalamualaikum Cik Ain” tegur orang tu

Aku kenal suara ni. Dari telinga diproses ke otak dan sampai ke hati. AIZAM! Perasaan bercampur. Kalau diikut marah, mahu sahaja aku tolak, ikat tepi dan cmpak ke laut belakang rumah. Kalau ikutkan rindu, mahu sahaja aku peluk dan luahkan semua beban yang tak diceritakan. Kalau diikutkan gembira, aku akan ajak dia tidur rumah satu hari untuk spend our last time. Perkara pertama aku buat bukan aku buat muka terkejut tapi aku belari masuk bilik dan capai telefon. Aku lihat, 13 missed call.
            “Ma, Aizam mintak izin Hawa keluar kejap. Boleh ma?” Tanya Aizam sopan.

Ma Cuma mengangguk mengiakan. Sepanjang perjalanan ke pantai kami hanya bediam diri. Tiada seorang pun yang buka mulut. Kami berjalan ke pantai menuju tempat teduh. Aku duduk mengadap. Cuba tenangkan hati yang tak tahu berperisa apa. Perisa sedihkah, tercabarkah atau terusik sedikit dek kerana takut mendengar keputusan yang bakal dibuat. Seperti biasa, aku sembunyikan kesedihan yang selalu datang.

“macamana nak bagitahu family saya ni. Saya tak tahu nak mula macamana cerita nak cerita pada family saya. Family awak senang lah kan” kata akusambil gelak.

“bagitahu pasal apa?” tanya aizam pura-pura bertanya.

“yelah bagitahu yang we are over” balas aku dalam nada serious.

“putus apa?” tanya dia lagi.

Aku diam. Perasaan itu aku tak dapat bendung lagi. Airmata menitis lagi mendengar kata-kata Adilah semalam. Memang. Memang keluarga aku tak educated. But kenapa mesti dikaitkan. Sedangkan masalahnya hanya aku yang belum sedia. Bukan family aku yang halang. Don’t you dare to touch my family in this case! Hati aku memberontak.

            “Dua tahun setengah jugak kan kita survived. Should be proud” Jawab Aizam tenang.

Aku masih membisu. Aku masih diam.

            “kenapa awak balik Malaysia tak bagitahu saya?” tanya aku cuba tukar topik perbincangan.

“Tak berubahkan dari dulu suka ubah cerita? Hahahahahaha. Nice try. Taklah, saya sengaja tak bagitahu. Busy uruskan praktikal kat Malaysia yang dulu. Ada second interview under petronas. Saya rindu Malaysia.” Jawab Aizam

“Malaysia je? So saya sorang saje lah yang rindu awak” balas aku hampa.

“sesungguhnya, Allah sentiasa menjadikan manusia dalam keadaan menghadapi kesukaran dan kesukaran. Samada jasmani atau rohaninya. Awak tahu kenapa?” tanya aizam sambil memandang pantai. Seolah mengelak soalan rindu aku padanya.

Aku hanya diam. Bahkan dalam diam aku curi memandang wajah lelaki ini mungkin buat kali terakhir. Sungguh, kau lelaki yang bukan diciptakan untuk wanita seperti aku.

“Sebabnya, dia tidak mahu hambanya sesat selamanya tanpa menangis meminta pada-Nya. Lumrah manusia akan bersungguh-sungguh menangis bila patah hati. Bila kesusahan. Sekarang kita dalam kesusahan. Dalam ujian di hujung pengakhiran ikatan kita. Samaada kita akan stay atau kita pilih jalan untuk lelah melangkah dan putus asa untuk meneruskan. But, ingat pesan saya, by the end of our story, life must be go on. We need to move on. Ingat tu?” kata-kata Aizat seolah-olah buat aku hilang arah. Aku tahu keputusan aku mungkin tidak tepat tapi itulah sebaik-baiknya.

Aku cuba tenangkan keadaan yang aku rasa agak tegang bagi aku. Tapi tidak bagi Aizam. Dia masih mampu senyum dan tenang

“Look, saya langsung tak marah malah tak peduli kalau awak balik Malaysia tanpa bagitahu saya. Tapi saya sangat geram bila awak tak tanya pun saya bila saya nak kawin dengan awak. Sedangkan umi dah suruh awak tanya. Awak tak tanya saya pun? Kalau awak tanya saya, awak explain pada saya, saya boleh terima keputusan seadanya. Saya boleh lepaskan hubungan sia sia ni, saya boleh izinkan awak dengan yang lain. Saya boleh buat semua benda. Tapi saya sangat sentap bila saya dapat tahu perkara ni dari orang ketiga. Kalau umi tak dapat nak tunggu saya, saya tak salahkan umi. Malah saya tak salahkan awak. Tapi perlu ke maklong auni hina keluarga saya? Hina abang-abang saya? Cukuplah. Antara awak dan saya, saya tahu awak akan pilih umi. Saya tak paksa pun awak nak buat keputusan apa. Saya takkan suruh awak pilih antara saya dan umi. Saya takkan suruh awak tunggu saya. Tapi saya akan suruh awak keluar dari hidup saya. Jangan paling pada saya. Jangan awak ingat saya. Restu awak pada umi. Restu awak jugak pada maklong auni. Dia yang jaga awak dari sekolah rendah. Saya tiada hak nak halang! Sebab awak tak pernah halang hidup saya!” kalau awak datang untuk pujuk, jawapan saya tetap NO! Saya bukan bencikan awak, bahkan kerana saya sayang awaklah saya lepaskan. Saya aknak umi sakit hati. Saya taknak awak derhaka. I know u deserve better Aizam. U deserved better!

Tangisan aku semakin kuat. Mahu je aku peluk Aizam kuat kuat. Lepaskan semua keluhan biar dia rasa beban yang datang dengan bertubi-tubi. lepas aku lepaskan geram, tiba hati sedikit kesal dan mengharapkan kata-kata aku tadi boleh tarik semula. Dan Aizam akan pujuk.

“Abang tak rasa ke kita bertunang, lepas tu satu satu halangan datang. Dari nak dipercepatkan kahwin, Abah meninggal. Bila nak dipercepatkan lagi, Umi terasa kalau dilihat dari sudut, allah seakan-akan memberitahu jodoh bukan milik kita! Abang tak Nampak ke?” aku mengeluh.

“No more choices? Awak salah Hawa, Allah uji kita” Jawab Aizam tenang.

“No more. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Dan sebaliknya. U deserve better”

“OK” jawab Aizam pendek.

“tapi sebelum kita betul-betul berpisah, biar Aizam hantarkan Hawa balik ke KL lusa. Boleh?” tanya Aizam.

Aku hanya mengannguk.
*********