Saturday, December 19, 2015

ALLAH WILL SOLVE IT :)






WHERE ALL THOSE PROBLEMS CAME? FROM YOUR MIND! - its easy for you to say dude. u don't feel it. You not in my shoes! when you need to wait someone you love and close to will leave you forever! 

your question to me? Why you cry? its TAKDIR. 

guys, what will u do when you know someone is dying?

What will you do? Do you cry yourself to sleep? Or do you let the person know right away? Or you just do nothing about it? And hiding it inside your heart?


If you ask me, then my first answer would be - I'll pretty much just do nothing about it. And try to get rid of that feelings out from my heart so that I won't be suffer alone for having such a burden unspoken feelings inside. i will laugh EVERYDAY with my housemates! laugh can make you forget everything that make u become sad.


And if it doesn't succeed, then the next day I would try to make myself busy with other things such as play with my baby nephew, helping my mom doing house chores, hanging out with my friends, or just .. online. Yeap, make myself busy surfing the internet. Pffhht :)


And if it doesn't work out either, then I will start lying to myself telling that everything will be okay and this feelings will go away soon. That I don't have to be sad for keeping it inside because it's too painful to say it to the person whom I miss, and get no response. how i miss abah.


And after few days and if the feelings is still inside my heart, then the next thing I will do is I will start to pray to Allah. Seek for His help to give me strength to cope with the feelings that I have to deal with every minute and every day.


I know that HE listens, from the beginning of the feelings starts to stay in my heart, and I know that HE will make me feel better. HE just want me to talk to Him. Allah knows best :)



And if it gets to the point where I feel so weak even though after talking to Allah, then the last thing that I will do is I will cry myself out to Allah. After tired of being strong.


Begging Him to get rid of this unimportant feelings that got stuck in my heart. Begging Him to make me forget about everything else and start to focus on Him only. Begging Him to make me strong to swallow everything that I have to deal with for the rest of my life; For His sake. And begging Him .. just begging Him :')



Yes,im talking too much. im bubling too worst but  I don't normally go and tell the person about my hard feeling . I rather keep it inside. Well what else to do beside that? I'm good at keeping it inside. I keep A LOT inside. A lot. You have no idea.



You cant imagine how painful it was when i create distance.


I know that Allah has plans for me. Better that mine. from being hurt. After all, sometimes crying is good. We can't always find the right words to tell someone about your feelings. Sometimes keep it to yourself is much better when you know people will always listen to what you say, but they will never understand your pain.





Friend : Sayang, when you feel sad, beside than praying to Allah, what else did you normally do  
Me : .. I cry.

SURAT UNTU BAKAL SUAMI ;)




Kehadapan Suamiku yang tercinta *gatal punye Entry*
ANY HATERS? --> pergi tenangkan diri dengan pecahkan laptop anda -_-

Actually awak saya tak kenal atau tak tahu pun sape awak kalau "awak" orang tu, ok, sangat BERSYUKUR . tapi tulah, saya pon taktahu bila jodoh saya dengan awak. mungkin ada mungkin takdek. macam takdek je? mungkin time umur 30 tahun? tak pon 40? chillex! 40 tu just Nombor . who cares? HAHA

mana tahu kan jodoh ada? so kene lah bace surat ni angan asyik tengok Lisa Surihani nak menjerit kapai kapai sampai lemas laut china utara tu.. ni haa bace surat dari duplicate Lisa Surihani ni tapi version Gempal punya lah but still.. CUTE! *flip hair* mesti awak tertanya-tanya kan kenapa saya gatai sangat tulis surat mengada ni? 
awak panggil saya gatai?? sampainya hati. saya baling durian kang. dah dah dah, takmo gaduh gaduh. senyum sikit. alolololo hensengnya bila senyum. dah macam jalaludin hassan dah. 

awak kalau awak nak saya jadi isteri awak awak mesti tahu apa yang saya suka apa yang saya tak suka taw. nanti kang awak tak tahu cemane nak handle saya? kata nak jadi suami Mithali. kan??
ok malaslah nak tulis pepanjang takut awak muntah. so kepada bakal suami saya bacalah apa yang saya suka apa yang saya tak suke ;)

#ORANG MAIN SELENDANG/TUDUNG SAYA
Saya memang sayang sangat semua jenis makhluk. baby remaja dewasa sampailah nenek atuk atuk kat luar sana. diaorang selalu cakap saya punya tudung shawl cecantik taw. so saya boleh terima tu. tapi saya tak boleh terima bila nak puji cantik tapi gi pegang2 sampai senget saya punya tudung/shawl. tahu kan yang nak lilit2 shawl tu dah berjam-jam senang-senang dalam satu saat orang hancurkan. cube kalau saya rentap awak punya rambut macamna shahrukhan tarik or rentap sari kajol waktu jejoget? apa awak rase? rasa macam nak baling taik kucing pastu gi pijak2 awak punya muka.
kan? tapi kalau baby tarik saya tak marah tapi saya suka sebab saya akan nampak keibuan gileee bila saya handle diorang sambil flip2 shawl ni. 
so jangan nak ngengade waktu saya ikatkan tie awak nak gi kerja tu awak gi sentuh selendang saya. kalau awak sentuh pon takpe. tapi sentuh dengan kasih sayanglah jangan pulak awak gi rentap macam sari kajol tu. awak kan nak sayang saya?? kalau awak buat jugak, saya taknak teman awak tengok TV memalam. kalau awak tak buat saya akan cium dahi awak setiap hari sebelum gi kerja. ok? 

#ICE CREAM DAN MASAK
awak awak awak, awak tahu kan saya ada masalah wanita setiap bulan? saya senggugut sehingga tak dapat bangun pun kekadang. so saya nak makan ice cream waktu tu. and awak masak untuk saya. alaaaa. sebulan sekali je. boleh lahhh. at least sejuk sikitlah mata saya. bukannya saya demand awak , tapi saya ada awak je waktu tu. boleh kan? betul ni boleh? Yeay!!
nah phone ni. call lori paddle pop, setiap bulan akan sampai icecream kat rumah banglo mewah kita *rumah taknak kalah* so takyah susah awak gi kedai dah beli icecream. nanti kite makan sesame ok. awak suap saya saya suap awak. *ololololo sawitnyee* 
ape diaa? kalau awak sakit tyme tu?? takpe takpe awak. awak duduk je. saya akan lawan sakit saya demi awak untuk masakkan bubur ayam tos feberet awak tu ok? saya janji ;)
kalau tiap bulan awak sakit , awak memang pembohong and taknak layan saya kan sebenarnya. ok takpe tak kisah. tapi setiap weekend kita kene spend masa sama-sama sambil makan icecream then bace quran k? awak imam kan saya dari subuh sampai isyak .

#SAYA CINTAKAN AWAK
awak ohhh awak. jangan lah buat muke durian mandul je bila baca ni. awak kan bakal suami saya. bacelah bebetul janganlah buat muke cekodok basi tu. kang saya kawin dengan adi putra kang baru awak tahu. saya just nak cakap je yang SAYA CINTAKAN AWAK. saya nak kita cakpa setiap hari sebab kalau tak cakap nanti kita makin tak sayang sesama sendiri. saya nak kita guna SCA berbanding ILY sbb lebih ikhlas. tak kiralah sekarang awak cakap tah papelah perempuan ni gile bangang ke. dia takthau sapa dia kawin nanti." biarlah sekarang ni awak nak baling saya dengan laptop awak tu ke saya tak kisah. honestly saya percaya kalau dah ditetapkan jodoh kita tak kiralah sekarang awak tengah pergi mengadap yusri sebab nak rebut Lisa Surihani awak tu,, but one day akan ada satu masa awak akan datang jumpa saya dengan tujuan untuk jatuh cinta pada saya dan waktu itu awak akan lafaz :

JADILAH YANG HALAL BAGI SAYA DAN AMBILLAH TEMPAT AWAK DALAM HATI SAYA.

Awak jangan nak muntah nak ketawa bagai ehhh sekarang ni. sengaja saya tulis surat awal awal ni sebab saya takut awak tergila gilakan saya nanti waktu dah kawin macamane orang gilakan Rosnah Mat Aris *kenapa nama dia wujudd? -_-*

#SENTIASA BERSAMA 
awak saya nak cakap sikit ni its normal kalau setiap pasangan bergaduh. tapi awak dengar sini , even kita bergaduh teruk sekalipun kita tetap akan settle secara baik. sebab saya tahu even saya tak kenal siapa awak tapi one day saya akan betul-betul fall in love sedalam dalam nya dengan awak sebagai suami saya. sebab tu saya nak ada selalu dengan awak. biarlah awak nak marah saya selalu awak nak baling saya dengan tembikai durian tv plasma dengan batang mop sekalipon , saya nak,, lepas je dari tu awak akan sedar and berada depan saya untuk halang saya dari pergi. and awak pandang mata saya dalam dalam gile dalam baekkkk punyee and awak akan peluk say, lekapkan kepala saya kat dada awak , and usap rambut saya. rambut je. bukan shawl tadi yang saya cerita tu. saya nak selalu dengan awak. saya nak jadi bahu yang boleh awak lepaskan lelah awak. lelah tanggungjawab sebagai engineer ke doktor ke kerja kilang ke. dan lelah awak jage anak anak anak kita kat rumah waktu saya outstation. saya nak awak je teman saya setiap malam tengok bulan. saya nak awak jadi bulan saya jauh mana kita pergi bulan tetap ada bersama. kan? awak ketawa apa yang saya cakp ni? saya serious ni. jujur ikhlas dalam hati ini. betul swear tak tipu. gelak lagi? kang saya tak terima pinangan awak baru awak tahu.

dan awak. bakal suami saya.

saya tahu one day awak akan datang bawak cinta awak. awak akan bawak separuh hati awak. dan yang paling penting awak akan jumpa wali saya untuk halalkan saya. dan saya tahu saat suatu hari itu akan muncul dimana di sebuah masjid aawak akan lafaz 

SAYA TERIMA NIKAHNYA  ZUNORAIN YUSOF

Saya nak kita always happy.. happy yang bawak maksud - kita ada rumah yang kecil tapi dipenuhi anak anak. rumah yang kecil tetapi di berkati dirahmati allah. bilik yang kecil untuk ruang solat tapi dipenuhi makmum2 yang soleh dah solehah dari benih kita. saya anji akan jadi isteri yang thorbaik untuk awak. jadi ibu yang baik pada anak-anak anak kembar kita. Maream dan Issabele, Taufi dan Hidayat.
ehhh mane ade saya pikir lagi. tu secara spontan je. pinjam kejap untuk entry ni.
saya nak awak sentiasa senyum sebagaimana awak buat saya senyum sentiasa. saya harap macamane cepat macamane lambat hari tetap akan tiba. dimana suatu hari nanti kita akan berjumpa dan jatuh cinta antara satu sama lain.

and awak bakal suami saya saya nak awak tahu saya peminat setia Adi Putra. kbai.

bakal isterimu yang tidak comel apetah lagi lotey,
ZUZU NORA AIN YUSOF






Saturday, May 9, 2015

Akhir

Burpp Burpp Burpp.

Telefonku bergetar. Tersedar dari tidur yang lama dek kerana perjalanan yang jauh dari kotaraya. Aku lihat jam di tangan. 

            "Allah. Dah jam 9 rupenya"  sambil aku cuba membuka mata yang seakan dihempap batu. Berat!

Ku lihat wassap di telefonku. dari Adik Adilah.

            "Assalamualaikum Kak Hawa Comeyl , Dila dekat KL sekarang. Baru sampai petamg       semalam. Abang told me you are in KL. Lets Meet!"

Gegas aku reply dengan hati kurang senang. hati yang seakan menjangka sesuatu bakal berlaku.

            “Allah Adilah. You’re a bit late for this. I’m on my way to Kuantan dear. Tomorrow is        holiday! Unfortunately its 4 day and I can’t meet you this week. Sorry my dear.”

Menunggu beberapa minit kemudian, Adila masih “Typing”. Aku masih menunggu sehingga mata ini terlelap kembali. Mata betul-betul seakan dihempap batu. Mungkin tekanan jiwa disebabkan bos yang tidak berapa “betul” dipejabat. Tidur terasa resah. 

*********
            “akak bila nak kahwin”
Setengah jam terlelap, aku membelek wassap yang dihantar Adilah. Terkejut ada, berdebar pun ada. Kenapa soalan itu yang ditanya setelah beberapa tahun kami tidak menyuarakan isi hati masing-masing. Dengan tenang aku membalas.
akak baru je kerja kat KL ni sayang. Akak kene kumpul duit dulu. Ramai lagi yang perlu dibalas jasa. But if ada jodoh, who knows? Esok pun boleh kawin kan dengan abang Aizam? Kenapa Adilah Tanya ni? Adilah dah ada someone special ke? Nak kawin dulu ye? HAHA”
Kelihatan Adilah is typing.....
Beberapa minit menunggu secara tiba-tiba diam sepi. Last seen on10.03pm. Curiga dengan apa yang hendak diluahkan Adilah. Mungkin dia ada pilihan sendiri tetapi masih menunggu aku dan Aizam diijabkabul. Dia tidak mahu “langkah bendul”. Ya, agak dibanggakan aku dan Aizam bertunang selama 2 Tahun setengah tetapi masih mampu bertahan. Seorang di Malaysia, seorang dahagakan ilmu di Negara luar. Aku tidak mahu menjadi beban kepada Adilah untuk tidak langkah bendul semata mata kerana cita-cita melangit aku ni. Betul, rezeki lepas perkahwinan tiada yang tahu. Tapi, bagi aku masih ramai yang diluar sana mengharapkan aku untuk membuahkan hasil pada mereka setelah banyak bekorba. Lantas takkan aku hanya sia-siakan mereka yang berkorban. Cuba kamu fikirkan, wanita mana yang tidak mahu bina rumahtangga dengan orang yang disayangi. Orang yang memang dari dahulu kita impikan? Aku hubungi Adilah. Talian tidak berangkat. Mungkin sudah tidur. Jam di tangan menunjukkan jam 1030 malam. Masih ada kira-kira dua jam untuk sampai ke destinasi. Aku cuba hubungi sekali lagi. Last try maybe.
           



”Assalamualaikum akak!” kedengarann suara Adilah excited.

”waalaikumusalam Dila! Kenapa tak reply wassap akak? Ada bende nak share ke? Tanya aku dengan penuh tanda Tanya.

Bermulalah gossip murahan kami. Setahun rasanya kami tidak jumpa memandangkan Adilah sambung belajar di UAE. Memang hidup ni dipenuhi dengan kawan-kawan dan saudara mara yang belajar luar Malaysia. Kadang-kadang rasa kecil jugak. Kami bergelak ketawa seolah-olah bas yang aku naiki sekarang adalah aku punya. Tanpa hiraukan abang yang tidak aku kenali nama di sebelah. Tiba senyum ku mati apabila dihujung talian kedengaran Adilah menyampaikan sesuatu berita yang aku  tidak tahu apa rasa hati ni. Sedih? Berkecil hati? Like seriously im not that kind of women.!but sejujurnya, Sakit.

“Kak Hawa, umi ada tanya Abang Aizam samada akak nak kahwin tahun ni ke tak, if akak taknak, Umi cakap nak cari calon kat abang. Sebab abang dah masuk 23. Tak sabarlah tu umi nak timang cucu” sambil gelak seperti biasa.

“owh yeke, kesiannya umi. HAhah. Bila Umi tanya Dilah? Balas aku

“Dua minggu lepas lah, waktu jemput Abang Aizam kat airport lagi.Sampai je , belum lagi makan malam terus umi tanya dalam kereta ni hahahah.” Adilah masih gelak di talian.

“Abang Aizam balik Malaysia?” Tanya aku kurang pasti.

“laaaa.. akak tak tahu ke? Dua minggu lepas lagi abang Aizam ada kat Malaysia.” Jawab Adilah terkejut.

“Tahu, tapi ingatkan dia main-main. Sebab nada dia main-main. Hahahaha. Bertuah punya tuning. Hahaha.” Aku menahan sebak.

“he want to surprised you i thought.” Jawab Adilah spontan.

Allah. Dugaan apakah lagi. Kuatkan aku. Aku bermonolog.

            “Kak Hawa? Tidur ke?” Jawab Adilah buatkan lamunan aku terbuang.

            “heyyy. Mana ada. Akak fikir waktu yang sesuai ni untuk jumpa Adilah.
           
“baik akak kahwin cecepat. Setiap hari boleh jumpa Adilah. Hahaha. Jangan sampai Abang Aizam kene rampas dengan orang. Cotohnya anak Mak long Auni.” Gurau Adilah.

“kenapa Adilah cakap macam tu? Ada cerita pape eh tak shared? Uji aku.

“akak tahu tak, maklong nak jodohkan abang dengan kak Aina Fitrah yang jadi cikgu kat Sarawak tu. Alaaaahhh, sepupu Dila yang satu MRSM dengan abang dulu. Ingat tak yang raya haritu pakai baju jubah yang akak cakap cantik jubah dia? Terang Adilah bersungguh.

“Owh, Aina. Ingatlah. Yang tak cantik tu kan?” senda aku sambil melepaskan gelak yang palsu.                   “But Aina OK what? Teacher and engineer . Great match!”

“Taknaklah akak. Kak Aina tak macam akak. Banyak mulut. Selalu aje buat orang gelak. Dia tu kan pendiam. But tak sama macam maklong. Maklong mulut banyak gila. Nasib Kak Aina tak ikut mulut Maklong.” Bebel Adilah.

“Eh, kenapa pulak. Akak pun banyak mulut. So Adilah tak sukalah?
“mulut akak banyak lain. Banyak maklong lain. Hahaha. Akak tahu tak dia boleh bagitahu umi suruh kenen-kenenkan abang dengan kak Aina. Dia cakap ngam sangatlah. Family background akak and abang tak sama. Uneducated! Abang Aizam terkejut dengar taw kak.”

Itulah Adilah. Kalau bercerita, bersungguh bebenar berbetul. Hati paling kecil cuba menepis semua perasaan. Tapi mata tidak dapat menipu. Setitis demi setitis jatuh jugak akhirnya walaupun bertahan acap kali.

            “Apa reaksi Abang Aizam? Tanya aku sengaja. Sengaja untuk tahu sedikit demi sedikit.

“Abang diam je. Malas nak layan katanya. So, bila ni akak nak kahwin? Agak-agak tahun ni tak? Dila nak jadi pengapit! Abang kata nak buat tema putih merah tau. Tapi dia tak cerita sebab apa. Cepatlah kak kahwin!” suara Adilah comel di hujung talian.

“Insha-Allah Abang Aizam kahwin tahun ni. Adila jadilah pengapit nanti. Hehehehe” jawab aku. Masih. Masih aku menyembunyikan sakitnya hati,. Berkecai seolah kaca yang bersepai jatuh ke lantai.

“akak kenapa suara penat je?” tanya Adilah.

“akak kejar bas and banyak keje ofis tadi dari pagi sampai petang. Esok kita wassap lagi ye. Akak nak tidur kejap je.”

“ok kak Hawa. Take care. Goodnight kak. Assalamualikum.”

“Baik. Waalaikumusalam Dila. Goodnight.” Aku memutuskan talian.

Aku keluarkan semua apa yang ada di hati. Aku lepaskan semua. Buku pemberian Maisarah yang bertajuk La tahzan, Jangan Bersedih aku peluk. Seolah-olah member aku semangat untuk aku teruskan apa yang bermain-main difikiran aku. Putus. Itu sahaja yang bermain difikiran sejak berbulan-bulan yang lalu. Salah satu isi dibuku itu “jika kamu lelah berjalan, ingatlah. Masih ada orang yang allah hantar untu kamu supaa kamu teuskan hidup.”

Aku tanamkan kata-kata itu dalam diri. Aku capai telefon dari beg tangan dan mula menaip:

            “Mengenali awak adalah satu anugerah. Mengenali awak membuatkan saya berusaha mendalami ilmu agama. Cuba berkawan dengan mereka yang mampu bimbing saya. Tapi saya tahu, rencana allah tiada siapa yang mampu duga. Rencana Allah untuk kita sampai sini sahaja. Maafkan semua keangkuhan, keegoan dan kekasaran saya selama lima tahun perkenalan. Halalkan semua. Moga awak dapat yang lebih baik. Seperti saya jangkakan. Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik. Dan sebaik-baik wanita itu adalah bukan saya tetapi wanita di luar sana. Two yeas we survived. And i think i could not anymore. This is our end. Assalamualaikum.

Lama aku menunggu. Lebih kurang 15 minit masih belum terima apa-apa respon. Abang yang tidak aku ketahui nama hulurkan aku sekeping tisu seolah-olah memahami. Diam. Sepi. Destinasi yang dituju pun tiba. Aku sapu airmata yang bersisa. Masih tidak tahu macamana mahu explain pada family tentang pengakhiran ikatan tuning kami. Aku tarik nafas sedalam-dalam nya. Hembus perlahan dan senyum J . ya, itu sahaja yang mampu dilakukan sekarang.

Dari jauh kelihatan Ma dan ude sedang menunggu di ruang menunggu. Ku lihat jam di tangan tepat jam 1 pagi. MashaAllah! Letihnya.

Sejam berlalu, dua jam berlalu. Tatkala sedang melayan perasaan, telefon bergetar. Wassap masuk. Tetapi hati ini, hanya Allah je yang tahu. Debaran untuk bukak sekeping mesej seolah jantung mahu tercabut. Tertera di skrin.

“ Just read yours. PMS again? Go and take wudhu. Its 3am now. It’s good for your tahajud”

Ya Allah! Lelaki ini! Masih memikirkan Allah di setiap sudut hidup dia. Aku? Hanya melayan perasaan yang sememangnya syaitan suka. Astaghfirullah!. Sungguh, Aizam memang jauh bezanya dengan aku. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Lantas aku mencapai sejadah dan kain solat. Aku ke bilik air untuk berwudhuk.

*********
Jam menunjukkan jam 6:30 pagi. Ku lihat missed call sebanyak 5 kali sejak jam 5 pagi tadi. Bila dibuka, terpapar nama Mr.A. aku cuba hiraukan. Aku abaikan. Aku buka wassap dan tertera nama yang sama menghantar pesanan.

            “why? Explain.”

Aku berkeras untuk reply. Alu pedulikan sahaja. Rutin harian perlu diteruskan. Tidak perlu fikirkan lagi perkara yang lepas.

Saudara mara ramai yang dating untuk majlis makan-makan keluarga kami. Bila dengar gelak hilai tawa hati berbisik “Allah kurnikan kau nikmat yang belum tentu orang lain dapat. Keluarga bahagia”. Mulakan senyuman paling indah!

*********
Setelah habis makan tengahari, ramai yang dah mula bergerak pulang ke rumah masing-masing. Kami yang selebihnya ini ditugaskan jadi bibik sementara untuk bersihkan semua mangkuk pinggan di dapur. For me that was not a problem. Sambil basuh, sambil bergosip dengan makcik makcik. And that makes me happier! J dalam masa yang sama otak memikirkan bagaimana mahu memberitahu keluarga mengenai perkara semalam. Allah, permudahkan.

Jam menunjukkan jam 4:30pm. Selesai sahaja semua benda di dapur, aku tunaikan dulu kewajipan sebagai hamba. Dalam doa tidak putus untuk berdoa diberi kekuatan. Tapi aku sendiri hairan, aku tidak berdoa untuk dikembalikan Aizam pada aku. Aku tidak rasa sakit hati dengan kepuusan aku tetapi aku marah dan sakit bila keluarga aku dikotak katikkan. Uneducated membuatkan aku rasa ego aku tercabar. Sungguh. Aku tidak tipu. Berpuluh dugaan mungkin beratus dugaan dilalui sepanjang tempoh pertunangan. Tapi dugaan ini yang buatkan aku nekad dengan keputusan aku. Aku takkan biarkan satu airmata pun jatuh lagi. Maruah keluarga aku, maruah aku! Sedang aku menyibukkan diri dengan mengemas bilik, kedengaran suara memanggil nama aku.

“Hawa, Hawa. Ni kawan dating cari.” Panggil Ma ulang kali.

Dari jauh Nampak ma rancak berbual. Aku fikir ila dating sebab dah janji untuk keluar jam 5:30 petang. Aku sahut shawl biru turquoise dan sarung. Tak perlu digosok. Mudah dan cepat.

            “Assalamualaikum Cik Ain” tegur orang tu

Aku kenal suara ni. Dari telinga diproses ke otak dan sampai ke hati. AIZAM! Perasaan bercampur. Kalau diikut marah, mahu sahaja aku tolak, ikat tepi dan cmpak ke laut belakang rumah. Kalau ikutkan rindu, mahu sahaja aku peluk dan luahkan semua beban yang tak diceritakan. Kalau diikutkan gembira, aku akan ajak dia tidur rumah satu hari untuk spend our last time. Perkara pertama aku buat bukan aku buat muka terkejut tapi aku belari masuk bilik dan capai telefon. Aku lihat, 13 missed call.
            “Ma, Aizam mintak izin Hawa keluar kejap. Boleh ma?” Tanya Aizam sopan.

Ma Cuma mengangguk mengiakan. Sepanjang perjalanan ke pantai kami hanya bediam diri. Tiada seorang pun yang buka mulut. Kami berjalan ke pantai menuju tempat teduh. Aku duduk mengadap. Cuba tenangkan hati yang tak tahu berperisa apa. Perisa sedihkah, tercabarkah atau terusik sedikit dek kerana takut mendengar keputusan yang bakal dibuat. Seperti biasa, aku sembunyikan kesedihan yang selalu datang.

“macamana nak bagitahu family saya ni. Saya tak tahu nak mula macamana cerita nak cerita pada family saya. Family awak senang lah kan” kata akusambil gelak.

“bagitahu pasal apa?” tanya aizam pura-pura bertanya.

“yelah bagitahu yang we are over” balas aku dalam nada serious.

“putus apa?” tanya dia lagi.

Aku diam. Perasaan itu aku tak dapat bendung lagi. Airmata menitis lagi mendengar kata-kata Adilah semalam. Memang. Memang keluarga aku tak educated. But kenapa mesti dikaitkan. Sedangkan masalahnya hanya aku yang belum sedia. Bukan family aku yang halang. Don’t you dare to touch my family in this case! Hati aku memberontak.

            “Dua tahun setengah jugak kan kita survived. Should be proud” Jawab Aizam tenang.

Aku masih membisu. Aku masih diam.

            “kenapa awak balik Malaysia tak bagitahu saya?” tanya aku cuba tukar topik perbincangan.

“Tak berubahkan dari dulu suka ubah cerita? Hahahahahaha. Nice try. Taklah, saya sengaja tak bagitahu. Busy uruskan praktikal kat Malaysia yang dulu. Ada second interview under petronas. Saya rindu Malaysia.” Jawab Aizam

“Malaysia je? So saya sorang saje lah yang rindu awak” balas aku hampa.

“sesungguhnya, Allah sentiasa menjadikan manusia dalam keadaan menghadapi kesukaran dan kesukaran. Samada jasmani atau rohaninya. Awak tahu kenapa?” tanya aizam sambil memandang pantai. Seolah mengelak soalan rindu aku padanya.

Aku hanya diam. Bahkan dalam diam aku curi memandang wajah lelaki ini mungkin buat kali terakhir. Sungguh, kau lelaki yang bukan diciptakan untuk wanita seperti aku.

“Sebabnya, dia tidak mahu hambanya sesat selamanya tanpa menangis meminta pada-Nya. Lumrah manusia akan bersungguh-sungguh menangis bila patah hati. Bila kesusahan. Sekarang kita dalam kesusahan. Dalam ujian di hujung pengakhiran ikatan kita. Samaada kita akan stay atau kita pilih jalan untuk lelah melangkah dan putus asa untuk meneruskan. But, ingat pesan saya, by the end of our story, life must be go on. We need to move on. Ingat tu?” kata-kata Aizat seolah-olah buat aku hilang arah. Aku tahu keputusan aku mungkin tidak tepat tapi itulah sebaik-baiknya.

Aku cuba tenangkan keadaan yang aku rasa agak tegang bagi aku. Tapi tidak bagi Aizam. Dia masih mampu senyum dan tenang

“Look, saya langsung tak marah malah tak peduli kalau awak balik Malaysia tanpa bagitahu saya. Tapi saya sangat geram bila awak tak tanya pun saya bila saya nak kawin dengan awak. Sedangkan umi dah suruh awak tanya. Awak tak tanya saya pun? Kalau awak tanya saya, awak explain pada saya, saya boleh terima keputusan seadanya. Saya boleh lepaskan hubungan sia sia ni, saya boleh izinkan awak dengan yang lain. Saya boleh buat semua benda. Tapi saya sangat sentap bila saya dapat tahu perkara ni dari orang ketiga. Kalau umi tak dapat nak tunggu saya, saya tak salahkan umi. Malah saya tak salahkan awak. Tapi perlu ke maklong auni hina keluarga saya? Hina abang-abang saya? Cukuplah. Antara awak dan saya, saya tahu awak akan pilih umi. Saya tak paksa pun awak nak buat keputusan apa. Saya takkan suruh awak pilih antara saya dan umi. Saya takkan suruh awak tunggu saya. Tapi saya akan suruh awak keluar dari hidup saya. Jangan paling pada saya. Jangan awak ingat saya. Restu awak pada umi. Restu awak jugak pada maklong auni. Dia yang jaga awak dari sekolah rendah. Saya tiada hak nak halang! Sebab awak tak pernah halang hidup saya!” kalau awak datang untuk pujuk, jawapan saya tetap NO! Saya bukan bencikan awak, bahkan kerana saya sayang awaklah saya lepaskan. Saya aknak umi sakit hati. Saya taknak awak derhaka. I know u deserve better Aizam. U deserved better!

Tangisan aku semakin kuat. Mahu je aku peluk Aizam kuat kuat. Lepaskan semua keluhan biar dia rasa beban yang datang dengan bertubi-tubi. lepas aku lepaskan geram, tiba hati sedikit kesal dan mengharapkan kata-kata aku tadi boleh tarik semula. Dan Aizam akan pujuk.

“Abang tak rasa ke kita bertunang, lepas tu satu satu halangan datang. Dari nak dipercepatkan kahwin, Abah meninggal. Bila nak dipercepatkan lagi, Umi terasa kalau dilihat dari sudut, allah seakan-akan memberitahu jodoh bukan milik kita! Abang tak Nampak ke?” aku mengeluh.

“No more choices? Awak salah Hawa, Allah uji kita” Jawab Aizam tenang.

“No more. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Dan sebaliknya. U deserve better”

“OK” jawab Aizam pendek.

“tapi sebelum kita betul-betul berpisah, biar Aizam hantarkan Hawa balik ke KL lusa. Boleh?” tanya Aizam.

Aku hanya mengannguk.
*********




Saturday, July 26, 2014

PRAY FOR GAZA

Pray for Gaza

Semalam ketika Brazil di sayurkan 7-1 oleh German
 Umat Islam di Palestin juga di sayurkan oleh Israel
Tidak terperi kesakitan dan ketakutan yang dilalui 
oleh orang-orang awam yang tidak bersalah ini.
Terutamanya kanak-kanak

Marilah kita berlindung kepada 
ALLAH YANG MAHA BESAR
Berdoalah agar mereka di rahmati dan diberi kekuatan
 Sumbangkanlah apa yang termampu untuk meringankan beban mereka
Jika tidak mampu dari segi kewangan, sumbangkanlah doa yang ikhlas

Amin Ya Allah Amin

Monday, May 26, 2014

Palestin Memanggil Muslim Kembali Kepada Islam

Ya allah. lame pulak tak menghapdate belog kesayangan ni. weee~~
tadi ade belek2 buku majalah sekolah lama and wrote about palestin. and this one ain nak share. ngee~

Semua yang hadir di kehidupan dunia ini, hadir dengan realiti, bersama ilusi.
Biar pun kedua-duanya di pandangan mata nampak serupa, hakikatnya amat berbeza.
Insan sebenar itu realiti.
Fotonya hanya ilusi.
Realiti ada bau, ada rasa, ada makna.
Ilusi hanya boleh dipandang, tidak boleh dipegang, jauh sekali hendak memegang.
Bandingkan sahaja buah-buahan sebenar dengan buah plastik. Buah sebenar walaupun tidak sempurna rupanya seperti yang ditakrifkan sempurna oleh mata manusia, ia ada bau, ada rasa, boleh dijamah dan penuh makna. Buah plastik biar pun cantik, hanya jamuan mata, perhiasan semata.
Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara realiti dan ilusi, realiti sentiasa lebih bermakna berbanding ilusi.
ILUSI SEMASA UNTUK REALITI SEMALAM
Seorang tokoh agung yang dipuja lagi disanjung, mati apabila tiba ajalnya. Kerana kasih pengikut kepadanya, sebuah patung diukir indah. Patung yang rupa parasnya tidak ubah seperti tokoh yang asal. Patung itu dimuliakan, diletakkan di sebuah taman yang indah, menzahirkan rasa megah dan bangga terhadap tokoh itu semasa hayatnya. Patung yang mengekalkan rasa bangga dengan semalam.
Tiba-tiba datang seekor burung kecil, terbang petang seperti burung kecil yang lain. Burung yang penat singgah berehat, bertenggek di atas hidung ‘tokoh’ yang agung itu tadi.
Tanpa ada yang menghalang, si burung kecil melepaskan najisnya!
Betul-betul di hidung, di muka tokoh yang agung itu.
Si burung terbang menyambung perjalanan petang.
Tokoh tadi masih megah dengan sejarah semalam, semasa wajahnya berlumuran najis!
Tokoh itu tokoh yang agung. Namun dia hanya sebuah patung. Sebuah ilusi. Burung itu biar pun kecil, dia hidup, dia realiti.
Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara ilusi dan realiti, kemenangan sentiasa berpihak kepada realiti, biar sekecil mana pun realiti itu, dan sebesar mana pun sebuah ilusi.
ILA AL-ISLAM MIN JADID (KEMBALI SEMULA KEPADA ISLAM)
Ini adalah sebahagian daripada analogi yang dirumuskan oleh Sheikh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam min Jadid (Kembali Semula Kepada Islam), tentang hakikat yang perlu diberikan perhatian umat Islam terhadap akar umbi permasalahan hidup mereka.
Al-Quran memperincikan tentang ciri-ciri Yahudi. Dan Yahudi di Palestin benar-benar seperti yang diceritakan. Yahudi di Palestin adalah Yahudi tulen. Al-Quran memperincikan tentang ciri-ciri Nasrani. Dan Nasrani di Amerika Syarikat dan blok Barat benar-benar seperti yang diceritakan. Nasrani itu adalah Nasrani tulen.
Al-Quran yang sama memperincikan tentang ciri-ciri Muslim.
Samakah Muslim seperti yang digambarkan oleh al-Quran?
Samakah kita seperti apa yang al-Quran gambarkan tentang kita?
Berapakah jarak di antara diri idaman kita dengan diri yang sebenar?
SYARAT KEMENANGAN

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

 Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.[Al-Isra' 17: 7]
Dalam pusingan kehancuran dan kemusnahan yang dilakukan oleh Yahudi kali ini, fasad mereka tidak kekal selamanya. Mereka akan tumpas, mereka akan tewas. Mereka akan kalah dengan kehinaan dan kemuraman wajah, dan yakinilah bahawa mereka juga mengetahui akan hakikat ini.
Namun kemenangan pemenang pada menumpaskan Yahudi di bumi Palestin adalah bersyarat.
Mereka memasuki Palestin seperti kemasukan mereka kali pertama dahulu.
Dengan kualiti yang sama.
Hanya Muslim tulen yang berhak menuntut kemenangan yang dijanjikan Tuhan.
Palestin menunggu Muslim kembali kepada Islam.
Yahudi tulen, Nasrani tulen, ‘menunggu’ kehadiran Muslim tulen.
Pertempuran antara dua realiti, memenangkan kebenaran atas kebatilan.
Pertempuran antara realiti vs ilusi, kita menipu diri sendiri!

وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا

“Jika kamu kembali, Kami kembali” [al-Isrā' 17: 8]
- See more at: http://saifulislam.com/2014/05/palestin-antara-ilusi-dengan-realiti/#sthash.X4DR2ZbP.dpuf

Saturday, May 17, 2014

Rasional tak tunjuk gambar kita dengan gambar orang tersayang kat umum?


sebelom bace entry kali ni, sila amik mood rilek. kendurkan urat urat tensi, dan senyum telinga-ke-telinga. wajib! kalau tak buat, siap arr malam ni. 

orang tanye ain, "kau tak pernah upload gambar tunang or buah hati kau kan sekarang ni. dulu kemain lagi.?"

so tetibe je ade mood nak flashback lah ni hihi

ain pernah pergi raye rumah ustaz ain kat sekolah dulu lah. tengah berbincang tentang Halal& Haram. fasal melukis kartun, kan tak boleh. haram kan, sebab nanti di akhirat kelak, dia akan mintak kita nyawa, ye la, kita dah lukis jasad perfect dia, dia nak la nyawa kita.

tiba tiba, slumber rock je ustaz tu cakap "gambar gambar kamu dengan keluarga ke, suami ke, jangan la di tunjuk public" gluppp~ tertelan halkum ain. lebih pantas dari kilat ain tanya uztaz "kenapa ustaz?!" ingatkan haram tadi. maka, uztaz pun explain la secara detail........

jeles arr, hakuh dengan bopren aku tak leh pulak camni!

kamu tunjuk gambar kamu di facebook (ustaz tu ada fesbuk ooo), gambar kamu dan suami kamu, bagus, bukan tak bagus, tapi orang yang tengok, ada tak yang cakap         "ماشاء الله". kalau orang cakap, ish, sorang ni tak padan la, sorang gemok sorang kurus, bukan ke tu satu doa?

kalau ada orang yang tak suka kita, sebab bukan semua orang suka kita, dia tengok gambar kita dengan suami kita dia cakap "hmm,.ni tak lama la nii.." bukan ke tu satu doa? bukan benda tu haram, tapi, fikir la akibat nya.

kalau orang tengok kamu bahagia dengan suami kamu, tak pun, suami kaya ke, handsome ke, dia suka, dia buat benda jahat kat rumahtangga kamu, macam mana?

buat la apa apa untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga. kalau nak bergambar romantik pun, buat la tatapan kita dengan keluarga, cukup la. cemburu, doa buruk, iri hati, hasad dengki la yang buat rumah tangga kita tak selalu gayah spanar goyah

oh. macam tu ke ustaz, jadi, sama sama la kita jangan tunjuk gambar gambar pasangan kita ye. tapi, terserah la pada individu, cara sendiri, ikut kata hati kan. kalau kita rasa semua tu okay saja, terus kan.

tapi, kalau kita rasa ustaz ain cakap tu, betul, maka, sebaiknya, elakkan la. ni cuma satu nasihat saja. mungkin ada orang kata pendapat ni betul ada juga orang kata pendapat ni salah. ye dok??

terima kasih sudi bace! :)

Pahang Vs JDT


haloo haloo haloo!
pernah tengok harimau makan gajah tak? pernah dengar cite tentang gajah penyek harimau? errr. macam dua2 tak. tapi probability untuk gajah penyek harimau tu emang besar lah en en en?? hihihih.
owh ye, bukan nak cite sangat pasal haiwan besar dan garang tu. ni nak cite pasal PAHANG DARUL MAKMUR YANG AWESOME dan JOHOR DARUL TAKZIM :)

kalau nak bawak aku tengok bola kat mane2 stadium secara LIVE, mohon bawak bodyguard awal2. sebab aku ni fanatic gilleerr dengan bola so emang dasar lah kan hahaha. owh. rindu pulak nak tengok bola ngan arwah abah sambil loncat2 sambil jerit "GOOOOLLLLLLLL"!! :'D
owh ye, tadi aku pergi tengok kt kafe UMSKAL tercinta ni. dengan "BEBERAPA" kawan. mule2nye, kesnye mulenye macam ini : 



mule2 aku tak tahu pon ade game dua team ni haaa. sampailah ade budak tu tag aku ajak pi tengok. tapi kakmai dulu yang balik. -_- ok. i is excited. :D ape lagi. melaram lah pakai baju PAHANG AMOK TOK GAJAH :) 

over excited punye pasal kan. tapiiii -_-
tapi bile aku pergi je kafe tengok keadaan kat bawah ni, I IZ SAD -_-''
sedih mengangis tengok keadaan kafe -_-

krik krik krik krik krik ~~ bunyi cengkerik di labuan. ya allah! xdek orang semangat kesukanan lanshunggg! phuiii! beria-ria aku datang jam 7 malam pastu dapat tahu, game start 8.45 malam. ok, again, I IS SAD -_-
malunye aku! pergi kafe dengan takdek orang. pastu krik krik sesorang. yang tukang ngajok nye tak tengok pon bola. pffffttttttttttttttt~~ tengok kiri tengok kanan, semua buat dok know je ngan game tu. si yasmin tengah on Call dengan boyfren. kakmai ngan boyfren. aku? biaselah hidup jauh dengan encik abang kite ni hahahah. sepanjang game berlangsung, aku persetankan & pedulikan semua orang kat tepi. menjerit pon segan2. haha. nyelah macam aku yang over excited. sampai coursemate tegur pon aku ignore je. texting, wechating, wasaping, intagrraming, facebooking and calling diharamkan same sekali ! HAHA!
ok. now kitee masuk part pemain dia pulak. 

"come on lah JDT. u all main ganas sangat lah" --> mule2 lah. then aku nampak Pahang pon ape kurang nye. memalukan betul MARTIAZ ni -_-
ok, nak komplen pasal pemain JDT dulu lah hihi. urmmmm. kalau aku jumpe pemain no 19 JDT tu aku tahulah ape nak buat. aku nak je bukak balutan kepala dia yang botak tu. eee geram nye tengok dia mainnnn >_< *urut2 dada*
dia boleh pulaaakkkk sepak abang kesayangan kiteee. grrrrrr. geram pulak kite tengok. bengkak hati! bernanah lagi tu! *rileks ain. rileks. haha*
ni la haa. luciano figueroa. si ganas tu :D

ok. now time masuk nak komplen pasal pahang pulakkkk. pahang main tak bertenaga hari ni :'( pahang kurang dalam defend. but, its ok. pahang tetap JUARA! *joget jongjong inai* ok, untuk pasukan pahang, yang jadikan pahang tercemar dengan keganasan dalam game tu ialah  MATIAS RUBEN CONT. jahat jugaklah dia main. sambil boleh tonyoh2 lagi kepala orang. siap pegang2 tangan. yang ni aku geram sebab bukan je cemarkan pahang tapi dia sengaja cari gaduh ngan abang aku Saffe Sali tu. haha. geram ehhhh..
nampak tak? dengan refff pon dye tak takut HAHA.
siap boleh tutup telinga lagi bile kene bebel ngan reff :D
tu jelah yang aku tak puas hati pasal pemain dua orang ni -_- no 9 & 19. haaaa elok lah tu. pergi kawan duaorang pastu tumbuk duaorang haha.

ni lah abang kite safee sali tu :D

gol yang pertama JDT dibuat oleh  luciano figueroa , gol kedua dibuat oleh Safeq :)
untuk pahang, Gol pertama aku ak tahu, gol kedua pon aku tak tahu. HAHA. sebab ? macam aku cakap tadi pahang main tak berape lincah harini :) so aku tak nampak sape buat. hihi. 

minit yang ke 81:** saat tadi tu aku ajak yasmin balik dah. tapi Yasmin cakap takyah lagi. kot2 ade rezeki menang. haha. aku pon macam dah GIVEUP dah tgok pahang main PUIH!  tambah lagi anaser2 luar coursemate yang cakap "baliklah. tidolah" -_- i IS SAD. tak boleh terime kekallahannn PAHANG. malu nye pakai baju pahang.! malunye update status kat FB tu! grrrrr. but sebenarnye aku patut tukar mindset aku, kalah ke menang ke, IM STILL PAHANG-IAN. proud to be PAHANG-IAN!!!!!! PROUD PROUD PROUD PROUD! tapi sampai je minit yang ke 84:** saat, baru je nak angkat bontot membawa diri, tapi dengar orang cakap "GOOLLL" aku pon -_-'' "ceh, JDT gol lagi. sekali tgok SCREEN TV.. PAHANG GOLLLLLLL!!! aleee aleee aleee aleeee pahang ku :D

balik terus tido lene lah! hhihihihi. :D

by the way, dua-dua gol keeper mantap! :)

again, rindukan suara abah jerit "GOLLLLLLL" sambil joget2 :')
 AL-FATIHAH ABAH :')

sekian .