Saturday, May 10, 2014

AURAT :)


Dah nak masuk first anniversary 'penghijrahan besar' saya. Sejak haritu sampailah sekarang, masih tidak putus-putus soalan yang saya terima, berminat benar mereka dengan kisah itu. Dan kebanyakan mereka wanita. 

Saya memang suka bercerita. Dan berkongsi pengalaman. Dan kebanyakan yang bertanya meminta pendapat, bagaimana untuk kekal istiqamah dalam berhijab. Saya juga tidak berani berbual panjang kerana saya sendiri masih baru, dan akan kekal kuatkah saya untuk kekal istiqamah kelak hari.? Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.. Amin. Saya juga sedar saya masih tidak berjaya menutup aurat dengan sempurna. Dan ianya bukan perkara yang mudah untuk saya lakukan. Saya bertarung dengan nafsu. Jadi saya ambil keputusan untuk bertarung secara halus, perlahan dan teratur. Takut nanti jika berlari, akan tersungkur lagi.

Hari ini, saya berbesar hati untuk berkongsi TIPS MENUTUP AURAT. Sudah tentu mustahil tip ini dari saya. Tip ini saya dapat dari majalah Solusi Isu#26 tempoh hari semasa di Malaysia. Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat...

1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR bahawa tunuttan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat.?"

5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

No comments:

Post a Comment