Friday, May 16, 2014

Dulu vs. Sekarang


masa sekolah rendah dulu, ain selalu teringin jadi kakak-kakak sekolah menengah, pakai kain biru, bawa buku sikit pergi sekolah. rasa macam, tak sabar nak jadi macam kakak-kakak. siap balik sekolah, boleh jalan-jalan dengan kawan pergi sana sini. 

korang pernah rasa macam tu tak? ke, ain je ni yang rasenye?

lepas tu, masa dah sekolah menengah, tak sabar pulak nak jadi lagi kakak-kakak. tapi kakak-kakak versi pegang buku masuk kuliah. hoish. masa tu siap belajar sungguh-sungguh sebab nak masuk Universiti. selalu rasa macam, azabnya bersekolah, bila la nak habis sekolah, tak sukanya perhimpunan setiap Isnin, malasnya buat kerja sekolah -.-' 

korang pernah rasa macam tu tak? ke ain sorang je ni yang rase?

bila dah sampai kat Matriklasi kedah, Allah, tak sabar pulak aku nak sambung degree kat universiti. macam azab je pergi kelas dari pagi sampai petang. lagi teruk dari sekolah dah ni. tapi okay la sikit, weekend, ajak roomate pi Cmart, tak pon pergi makan marry brown -.-'. fefelling hakak-hakak sangat tau, siap goyang handbag kat lengan.

korang pernah rasa macam tu tak? ke ain aje?

masuk pulak Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) , hmm, Allah, rindu pulak nak sekolah menengah balik, macam riang je zaman sekolah, tapi teringin juga nak kawen. ihik. dah degree, amik kau, assignment bertimbun-timbun, cari duit poket lebih lagi, dengan hal yuran lagi. Allah. 


seronok pulak jadi kalau jadi kakak-kakak bekerja, duit masyukkkk. tak sabar la pulak nak cari laki, ada anak. zaman tu, hormon menggatal ain makin membiak. asal tengok baby je, nak je culik bela. korang pernah rasa macam tu tak? ke ain je?

bila dah nak habis study, degree pon almost dah nak settle, hoish, pening la pulak fikir pasal duit,nanti kene gune duit sendiri pulak. nanti acik dah taknak bagi duit. haha. ihik.nanti rindu pulak zaman huha-huha dengan kawan-kawan sampai bermalam kat bawah beta sebab esemen, duit tak dak. apak ar memory.

tapi bukan dulu dulu, nak sangat ke jadi macam sekarang? apa yang ain nak dah dapat. nak apa lagi? jadi hakak-hakak masuk universiti dah, dah nak settle study dah, berlaki dah,*eh, tengok cermin*  tunggu lepas raya  pulak nak ada anak sendiri pulak,yelah dua tiga hari ni asyik muntoh je hahahahahahahahah! tapi tetap rindu nak jadi macam dulu balik. 

rindu nak jadi masa zaman sekolah. paling tension pun, lupa iron baju sekolah, masuk kelas, baju kedut macam kulit leher tok nek, tak pun, azab sikit kalau lupa buat kerja sekolah, siap-siap dah nak kena denda. tu la paling bermasalah pun.

sekarang punya cerita, dah merasa semua, bila dah merasa semua, mengharap sangat boleh rasa macam zaman dulu-dulu. best dia, tak payah nak fikir bab duit, tak payah fikir masalah menimbun macam la ni, teringin nak rasa riang ria macam dulu.

korang rasa macam tu tak? ke ain sorang je?




tapi, apapun, ain syukur sangat, macam-macam nikmat pernah ain rasa. terime kasih allah :') kalau nak list kat sini, habis lah lembab wifi enkorang yang amat laju itu. syukur, syukur, memang syukur, tapi rasa rindu pulak nak jadi dulu-dulu. huhu.

terima kasih sudi baca :)

No comments:

Post a Comment