Kalau tak nak belajar untuk tidak sakit hati, sampai bila baru nak jadi matang?
Kenapa senang sangat terasa hati dengan orang? Nak terasa, tak salah.. memang pun terkadang tu tindakan refleks. Tapi hakikatnya, Allah yang membolak-balikkan hati kita setiap hari, setiap saat supaya kita kembali kepadaNya. .Para pendakwah juga melakukan dosa dan kekhilafan. Tiada yang maksum kecuali jika mereka itu adalah Nabi. Jangan memandang orang terlalu tinggi atau terlalu rendah kerana hakikatnya kita semuanya sama.
Permohonan maaf merapatkan kembali silatulrahim. Memang menjadi kewajipan si pendakwah untuk memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan.
Tegurlah dengan cara baik dan jangan terlalu beremosi. Mereka juga manusia biasa. Mereka juga mahu menjadi diri sendiri. Tiada yang berbeza antara manusia.
Jadikan ‘sakit hati’ sebagai motivasi diri untuk berubah ke arah yang lebih baik, InshaAllah. Baca dengan hati yang terbuka. Fahami mesej sebenar yang cuba disampaikan.
Sekiranya benar-benar bermaksud sinis (menghina secara tersirat), barulah ditegur dan dinasihati supaya si pendakwah dapat memperbaiki diri yang khilaf. haishhh. kene baiki ni. sebabnye ain memang suke sinis tapi actuallly rase bersalah jugak T_T
Kalau memang betul-betul dihina secara direct atau dipanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati, ingat pada Nabi balik. Adakah sampai dibaling najis ke muka kita? Diamkan sahaja dan bersabar.Percayalah, besok-besok ganjaran yang besar menanti dari Allah s.w.t, berkat dari kesabaran.
ain nak share pengalaman saya pernah dihina dan dipanggil dengan panggilan yang tidak sedap didengar. ain, memang sejak azalinya seorang yang tersangat bising giler banget! tapi dalam bising tu, ape yang org mintak buat, ain buat sampai once tu kadang ade yang pijak kepala. dah lah pijak, dimenari menari pulak atas kepala ain. sakit pulek hati kite. bernanah lah hati ni kan. hahahaha
Bukan cuma golongan yang sejantina, malah yang lawan jenis dengan ain juga turut menghina pada waktu itu. Semenjak dari itu, keadaan mental ain menjadi tidak stabil dan sering diganggu dengan suara-suara mereka yang mengejek dan menghina walaupun ketika ain berseorangan di bilik/rumah.
Jujur ain katakan, memang ain bukan seorang yang mudah memaafkan orang lain. Tapi dari pengalaman inilah ain belajar cara menjadi seorang yang pemaaf, dan ain masih lagi belajar.
Sepanjang ain dihina itu, ain teruskan berdiam diri walaupun sakit. ain pendam dalam diam setiap hari namun, keyakinan diri ain semakin merundum dan keadaan mental ain berubah secara drastik.
Cuma mampu menangis dan menangis.
Seringkali rasa ingin membalas, tetapi tidak berdaya kerana sifat dan tidak suka kepada perdebatan (pergaduhan) ain yang sekian lama telah tertanam dalam diri.
Emosi terganggu, bila-bila masa saja keinginan untuk membunuh diri itu boleh wujud. Tetapi wajah ma and abah aim masih tetap melekat dalam hati. Alhamdulillah, ain bukan macam remaja-remaja lain yang suka menoreh nadi sendiri apabila tertekan. Nerakalah jawabnya jika ain sampai melakukannya. Wal ‘iya zu billah.
Allah itu Maha Memberi Petunjuk. Lama-kelamaan ain jadi semakin tidak tenteram. Rupa-rupanya, baru ain sedar bahawa sudah lama ain jauh denganNya.
ain kembali kepadaNya. ain berhijrah dan terus bersabar. Dalam solat, doa dan pakaian menutup aurat,ain temui ketenteraman jiwa. ain tetap bersabar walaupun masih dihina.
Suatu hari, Allah takdirkan ain berkawan rapat pula dengan tujuh orang dari kawan ain yang sekarang. nah tengok gambar meke meke ni :D
Ajaib! Sungguh ain tidak menyangka.Mereka trime ain seadenyeeeeee~~~ sape ain. background ain. terime kasih semua :')
Ganjaran buat hambaNya yang mahu bersabar dengan ujian yang menimpa adalah berupa ganjaran yang tidak disangka-sangka! SubhanAllah.
Sekadar perkongsian pengalaman hidup ain. Namun, terpulang kepada pilihan masing-masing. Akhlak Nabi itu tetap akan kekal sebagai contoh kepada umatnya sepanjang zaman.
Mengingati orang lain yang lebih berat ujian penghinaannya mungkin boleh dijadikan sebagai motivasi diri juga. Tetapi, mengingati Nabi s.a.w itu lebih baik, kerana pada diri baginda ada penawar.
Sunnahnya, dan selawat ke atasnya, di dalamnya mengandung pelbagai rahsia batin dan mukjizat baginda yang diberi oleh Allah s.w.t. untuk kita umatnya.
Selain itu, berzikir memuji Allah adalah yang terbaik sebagai penawar bagi hati dan segala jenis penyakit. Wallahua’lam.
Bersifat terbuka kepada perkara agama dan percanggahan pendapat itu dapat mengelakkan perbalahan dan perpecahan selain memberi ruang untuk memuhasabahkan diri. Wallahua’lam.
Keep calm, and stay positive.
No comments:
Post a Comment